* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

NOTIS MAKLUMAN : PELAKSANAAN KERJA-KERJA MIGRASI PERALATAN CPE (ZOOM) DI 8 BUAH SEKOLAH DAERAH MERSING YANG TELAH MENDAPAT PERKHIDMATAN 1BESTARINET

Tuan Pengetua / Guru Besar

Sekolah-sekolah yang tersenarai

JEB4044

SMK SRI MERSING

JEB4045

SMK PAI CHEE (CF)

JRA4001

SM SAINS SULTAN ISKANDAR

JBA4004

SK SERI PANTAI

JBA4027

SK MERSING KANAN

JBA4001

SK BANDAR MERSING

JBD4021

SJK(T) MERSING

JBC4004

SJK(C) PAI CHEE

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Pihak kontraktor bagi projek 1BestariNet akan menjalankan kerja-kerja migrasi peralatan ZOOM bagi 8 buah sekolah daerah Mersing yang telah mendapat perkhidmatan 1BestariNet pada hari Sabtu, 11 Ogos 2012.

3. Kerja-kerja migrasi tersebut akan dilaksanakan secara ”remote” dari Pusat Data 1BestariNet. Semua sekolah yang terlibat adalah dinasihatkan untuk mengaktifkan semua peralatan ZOOM 24 jam selama tempoh migrasi. Dimaklumkan bahawa sekolah yang terlibat akan mengalami gangguan capaian internet selama 5 minit.

4. Sehubungan itu, jika terdapat sebarang masalah atau mengalami gangguan melebihi tempoh masa yang ditetapkan, pihak sekolah diminta menghubungi talianmeja bantuan YTL di 018-7998787 atau emel kepada moesupport@ytlcomms.my

5.. Di atas segala kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

0 komen ::

Catat Ulasan