* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Tuan Pengetua / Guru Besar bagi 14 buah sekolah-sekolah yang tersenarai

SK LKTP NITAR 1
SK TENGLU
SK BANDAR ENDAU
SK PUSAT AIR TAWAR
SK TELOK LIPAT
SK (FELDA) TENGGAROH 1
SK PENYABONG
SK (FELDA) TENGGAROH 5
SK (FELDA) TENGGAROH 7
SJK(C) JEMALUANG
SMK (FELDA) TENGGAROH
SMK MERSING
SMK ANJUNG BATU
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI MERSING


Tuan/Puan


PROGRAM KESEDARAN 1BESTARINET (KPM) BAGI PEMASANGAN MENARA 1 BRIS (1BESTARINET RECEIVER INTEGRATED SYSTEM) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MERSING 2012

Dengan segala hormatnya dimaklumkan mengenai perkara di atas dan surat makluman pelaksanaan Projek Perkhidmatan 1BestariNet bertarikh 28 Disember 2011, Rujukan: KP(PMO-ICT)100/02/01(3) adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan bahawa Projek Perkhidmatan 1BestariNet di semua sekolah seluruh Johor telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak pembekal yang dilantik mulai Disember 2011 mengikut jadual yang telah dirancang.

3. Sehubungan itu, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama pihak pembekal sedang dalam usaha memberikan program kesedaran kepada semua warga KPM khususnya Sekolah-sekolah Negeri Johor untuk memastikan Projek Perkhidmatan 1BestariNet ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat yang sepenuhnya kepada semua pihak.

4. Program Kesedaran ini akan dilaksanakan bagi memberi maklumat dan status terkini mengenai projek tersebut. Untuk itu, dimohon Pengetua dan Guru Besar dari setiap sekolah seperti di atas untuk hadir ke program ini mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 6 September 2012 (Khamis)
Masa : 9.00pagi–1.00 tengahari
(Pendaftaran: 8.00 pagi)
Tempat : Dewan Seri Budiman,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor.

5. Bersama-sama ini surat panggilan program untuk dimuaturun seperti di Lampiran di bawah untuk rujukan dan perhatian pihak Tuan/Puan.

6. Makan dan minum akan ditanggung oleh pihak penganjur manakala tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan masing-masing berdasarkan pekeliling yang berkuat kuasa pada masa ini.


8. Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan kepada En.. Adharizam Bin Adanan| Penolong Pengarah | Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) || Jabatan Pelajaran Negeri Johor | | T: 072310181 | F: 072377923 | HP: 0197792340 |

9. Segala kerjasama dan tindakan pihak Tuan/Puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman.


Lampiran 1

:

Program_Kesedaran_1Bestarinet_di_Batu_Pahat.pdf











0 komen ::

Catat Ulasan