* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 4 Oktober 2012

Bicara Inovasi Daerah Mersing Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 8 dan 9 Oktober 2012.
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar dan Bilik Seminar, PPD Mersing.
Sasaran : Guru-Guru Daerah Mersing

Sukacita dimaklumkan juga bahawa sebanyak 25 hasil Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran dan 72 Big Book LINUS guru-guru daerah Mersing akan dipamerkan dan dinilai dalam program tersebut.

Sehubungan dengan itu, guru-guru yang terlibat adalah dijemput menyertai program ini dan kami mengalu-alukan penyertaan daripada guru-guru daerah Mersing. Tarikh tutup penyertaan pada 5 Oktober 2012 (Jumaat).

Pengetua, Guru Besar, GPK1 semua sekolah adalah dijemput hadir bagi memberi sokongan dan melihat secara lebih dekat hasil kerja guru-guru mereka.

Disamping itu, rakan-rakan guru daripada pelbagai sekolah boleh berkongsi idea dan pengalaman dalam menghasilkan inovasi demi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran selari dengan hasrat yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat.

Surat jemputan dan penyertaan telah diedarkan ke semua sekolah pada 3 Oktober 2012.

Semua dijemput hadir.

Wassalam.

Lampiran : 
03_Bicara_Inovasi.pdf
penyertaan_Bicara_Inovasi.pdf
04_Jemputan_Bicara_Inovasi.pdf
05_Lantikan_JU.pdf
Hebahan pada 27 September 2012
1SEKOLAH_1_INOVASI_edited.rar
Penyertaan_Mersing.pdf
Penilaian_Laporan_Inovasi_PdP.zip 

0 komen ::

Catat Ulasan