* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 19 Oktober 2012

Peringatan Pelaksanaan Peperiksaan Kertas 3 Sejarah Tingkatan Empat

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini bertarikh 9 Oktober 2012 , 15 Oktober 2012 , 26 September 2012  dan 18 Oktober 2012 adalah berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Negeri Johor telah mengambil inisiatif memulakan peperiksaan kertas berkenaan sebagai langkah awal persediaan pelajar calon-calon SPM 2013.

Peperiksaan kertas tersebut adalah diselaraskan masa, JSI dan soalannya di peringkat negeri Johor.
Peperiksaan tersebut akan dibuat secara serentak di semua sekolah menengah negeri Johor (SMK, SBP dan SABK) tanpa berkecuali seperti butiran berikut :

Tarikh : 22 Oktober 2012 (Isnin)
Masa : 7.30 - 10.30 pagi (3 jam)


Sehubungan dengan itu, kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah mengambil kertas soalan berkenaan pada hari ini.. Bagi sekolah yang belum berbuat demikian, mohon kerjasama agar dapat mengambil tindakan dengan seberapa segera.

Untuk perhatian pihak sekolah, pembayaran hendaklah dibuat atas  nama pembekal melalui Bendahari MPSM Daerah Mersing. (Pengetua SMK Pai Chee)

Sekian. Wassalam.
 
Lampiran : 

0 komen ::

Catat Ulasan