* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
PEMBEKALAN PERALATAN ICT UNTUK SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (ESPKWS) BAGI 32 SEKOLAH DAERAH MERSING PADA 28 NOVEMBER 2012
 
Tindakan       : Semua Pengetua / Guru Besar Yang Berkenaan ( Sila Rujuk Lampiran A Yang Boleh Dimuaturun Dipautan Lampiran )
Tarikh : 12-11-2012
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.. Sehubungan itu, Guru Penolong Kanan dan Pembantu Tadbir yang menguruskan kewangan sekolah diwajibkan hadir untuk menghadiri penerimaan bekalan ICT seperti ketetapan di Lampiran A. Sila bawa bersama cop jawatan masing-masing yang hadir dan cop sekolah untuk tujuan pengesahan dokumen iaitu Sijil Akaun Penerimaan (SAP), Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) dan Nota Penghantaran (DO).

3. Sebarang permasalahan atau pertanyaan, sila rujuk pegawai kami iaitu En. Adharizam Bin Adanan di talian 07-2310181 atau Pn Luthfanida Binti Hussin di talian 07-2310116. atau Pen. PPD Teknologi dan Maklumat di PPD Mersing.

4. Sila muaturun butiran lengkap - fail surat makluman dari JPN Johor format *.pdf dan Lampiran A – Senarai 32 buah sekolah yang terlibat bagi daerah Mersing.


Sekian, terima kasih.



Lampiran 1 :   Pembekalan_ICT_eSPKWS.pdf
Lampiran 2 :   LAMPIRAN_A_-_PPD_MERSING__ESPKWS.xlsx

0 komen ::

Catat Ulasan