* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 14 Januari 2012

Kenyataan Rasmi JPA : SEMAKAN SEMULA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Reaksi :  
SILA LIHAT PAUTAN BERIKUT : 


Lampiran : Media - Perlu rumusan
Khamis, 12 Januari 2012

Penarafan SSQS Daerah Mersing Tahun 2009 - 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS), satu aplikasi pemantauan yang digunakan bagi  mengukur tahap bestari sekolah. 
Selain itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) turut digunakan bagi mengenalpasti status penggunaan ICT di sekolah.

Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah mengambil tindakan sewajarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Berikut dipaparkan status dan pencapaian sekolah-sekolah daerah Mersing tahun 2009 - 2011.

Wassalam.

  1. Makluman daripada aplikasi online sistem eBantuan adalah dirujuk. Baki PCG dan BMA yang terbit setelah kiraan siling 5% adalah ditangguhkan pemulangannya.
  2. Walau bagaimanapun, baki tersebut tetap tidak dibenarkan dibelanjakan untuk apa-apa tujuan.
  3. Sekolah dinasihatkan tidak membuat pemulangan sehingga surat rasmi dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM kelak.
  4. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan Unit Akaun (Sub Unit Akaun Sekolah) di talian tersebut.

  • Pn. Jamaliah Bt. Ibrahim : 07-2311445
  • Pn. Munaliza Bt. Ahmad@Omar : 07-2311448
  • Pn. Nor Hasimah Bt. Hj Arsat : 07-2311447
  • Pn. Haslinda Bt. Hashim : 07-2311450
     Terima Kasih.

Permohonan Biasiswa Sukan Tahun 2012

Reaksi :  
Permohonan Biasiswa Sukan 2012 (Untuk Kegunaan Sekolah)
Dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Sukan (BS)  2012 kini telah dibuka.
Sila muat turun borang dan panduan permohonan yang dilampirkan untuk diedarkan kepada semua pelajar yang layak.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum  30 Mac 2012 untuk tindakan selanjutnya.

Lampiran : Panduan Bagi Sekolah

Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat PENEMPATAN GURU BARU bagi program:

1.    Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah – Ambilan Januari 2011
2.    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
3.    BAC. ED. TESL

Sila di sini  bermula 09 Januari 2012.

Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

Harap Maklum

MAJLIS PERUTUSAN KHAS MENTERI PELAJARAN MALAYSIA 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Majlis Perutusan Tahun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan selamat dijalankan dengan jayanya seperti berikut :

Tarikh : 10 Januari 2012 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Berikut dilampirkan teks ucapan beliau untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam.

Lampiran : Teks Ucapan Majlis Perutusan Awal Tahun 2012

Keputusan MUET Akhir Tahun 2011 Khamis ini

Reaksi :  

Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 akan dikeluarkan Khamis ini (12 Januari), demikian menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini.
Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh berkenaan manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

"Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan menghantarkannya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam 12 Januari ini dan melalui 'online' dengan melayari portal MPM, www.mpm.edu.my mulai 9 pagi tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Seramai 93,869 calon telah menduduki ujian itu di 943 buah pusat ujian di seluruh negara.

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka, boleh membuat rayuan semakan semula dengan bayaran sebanyak RM70 dan tarikh tutup rayuan ialah 27 Januari ini. - Bernama

Isnin, 9 Januari 2012

Maklumat : Pelantikan Guru INTERIM

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Sala Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami mengalu-alukan pelantikan  GURU-GURU INTERIM di daerah Mersing seperti berikut :

1. IRMA HANUM BINTI JUBRI - BM (STAR)
2. SITI FATIMATUL ZAHRA AB. RASID - SEJARAH (SMKM)
3. ZAIDI ZAINUDDIN - PJK (SMKTA)
4. AZILA BT. MD. AMIN - KH (STAR)
5. SITI NORAINI MOHD. DALI - PEND. ISLAM (SMKTA)

Pelantikan ini berkuatkuasa 1 JANUARI hingga 31 MAC 2012.

Wassalam.

Media : DON’T MAKE A MOCKERY OF MUET

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Henry Soon published in Sunday Star dated 18 December 2011 on the issue of – Don’t make a mockery of MUET.
 
The Malaysian University English Test (MUET) is an English language proficiency test designed to measure the English language ability of students wishing to pursue first degree studies in local institutions of public learning. With MUET, English is taught at Sixth Form or pre-university level to equip students with the appropriate level of proficiency in English to enable them to perform effectively in their academic pursuits at tertiary level.

Media : PENDIDIKAN ISLAM GAGAL DIJIWAI PELAJAR

Reaksi :  

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Muhd Shatar, Bukit Mertajam, Pulau Pinang” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 12 Disember 2011 – Pendidikan Islam gagal dijiwai pelajar.


Penulis melahirkan kebimbangan beliau terhadap gejala sosial yang semakin serius. Beliau mencadangkan supaya sukatan pelajaran Pendidikan Islam dikaji dan diberi penambahbaikan.


Secara khususnya Pendidikan Islam KSSR dan KSSM memberi penekanan kepada aspek penghayatan murid terhadap ilmu yang dipelajari. Pelbagai strategi dibuat bagi memastikan guru dapat menanam penghayatan terhadap ilmu yang dipelajari oleh murid. Antara strategi tersebut ialah menambah masa untuk pelaksanaan amali agar murid lebih memahami dan menghayati ilmu yang dipelajari apabila mereka  melakukan sendiri perkara tersebut secara amali.


Penekanan kepada penghayatan ini akan diperkukuhkan lagi oleh pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menilai murid secara lebih holistik dan tidak terhad kepada aspek intelek sahaja. Oleh itu adalah tidak tepat kenyataan yang menyatakan murid hanya diminta supaya menghafal istilah, takrif, jenis hukum dan nama kitab serta contoh petikan ayat al Quran semata-mata untuk mendapatkan kejayaan di dalam peperiksaan.


Mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai salah satu komponen dalam Kurikulum Kebangsaan dibina bagi memenuhi keperluan memberi pendidikan Islam yang lengkap, menyeluruh dan bersepadu kepada murid-murid di sekolah. Kurikulum ini merangkumi keseluruhan aspek hidup dan amalan bagi seorang muslim. Oleh itu Pendidikan Islam menekankan aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Murid diberi pengetahuan dan kefahaman yang mencukupi mengenai pelbagai persoalan dan isu kehidupan yang luas bagi mengorak dan mempengaruhi budaya serta cara hidup mereka. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dilaksanakan dengan mengaitkannya dengan pelbagai aspek ilmu dan amalan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan secara meluas, mampu mengubah dan membangunkan diri sendiri serta masyarakat yang mempunyai daya fikir yang cemerlang, kreatif dan berinovasi, berakhlak mulia, bersefahaman, bersyukur dan bersatu padu. Pengolahan yang demikian rupa diharap mampu menghasilkan tamadun umat yang tinggi serta dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara. Nilai-nilai daripada mata pelajaran lain juga direntas supaya wujud kesepaduan daripada pelbagai ilmu yang diperoleh di sekolah. Murid juga dididik agar dapat mengaitkan apa yang dipelajari daripada Pendidikan Islam dengan mata pelajaran lain yang dipelajari. Melalui pendekatan ini, cita-cita untuk melahirkan insan bertakwa, harmonis dan seimbang akan tercapai.


Pembentukan sahsiah seseorang khususnya para remaja bukan hanya terletak kepada pembelajaran yang diperoleh di sekolah. Banyak faktor lain yang menyumbang kepada pembentukan peribadi seseorang antaranya keluarga, masyarakat, rakan sebaya dan persekitaran. Oleh itu, semua pihak perlu merasa bertanggungjawab dalam menyumbang kepada usaha membina dan membentuk remaja kita agar menjadi generasi yang beriman, berakhlak dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan dan kemajuan negara. Sikap menuding jari kepada pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah malah menambahkan lagi masalah yang sedia ada.



Semakan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 di bawah RMKe-10

Reaksi :  
Sila layari laman sesawang Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 16 Januari 2012 untuk menyemak status tawaran bagi mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 di bawah RMKe-10 dan pastikan anda mencetak dokumen tawaran/kelulusan untuk pendaftaran PPG bagi yang berjaya ditawarkan.

Sumber :Portal KPM