* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 28 Januari 2012

Penubuhan Bilik Gerakan KSSR di PPD dan Sekolah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Kurikulum Negeri Bil. 3/2011 pada 27 Disember 2011 telah memutuskan Bilik Gerakan KSSR perlu diwujudkan di setiap PPD dan sekolah rendah.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengambil tindakan sewajarnya dan akur dengan keputusan mesyuarat tersebut.

Wassalam.

Lampiran : Surat JPNJ.pdf
Lampiran : Garis Panduan.pdf
Lampiran : Lampiran_A.pdf

Tazkirah : 7 Sunnah Harian Rasulullah SAW

Reaksi :  
Jumaat, 27 Januari 2012

Tazkirah : Perbuatan-perbuatan yang boleh melemahkan daya ingatan dan pemahaman

Reaksi :  

  • Memandang perkara-perkara yang haram.
  • Tidak membaca Al-Quran dalam seharian.
  • Suka mengadu domba dan mengumpat.
  • Memakan makanan atau meminum minuman yang bercampur dengan semut.
  • Membuang air kecil ketika sedang bersugi atau menggosok gigi.
  • Bermain mata dengan perempuan yakni berzina mata.
  • Melakukan perbuatan melancap (mengeluarkan mani dengan tangan)
  • Sentiasa berada di dalam keadaan berkeluh kesah atau berdukacita.
  • Terlalu memikirkan hal-hal yang bukan-bukan.
  • Terlalu memikirkan tentang wanita atau lelaki berlainan jenis/jantina.
  • Bercinta-cintaan.. (perbuatan orang kafir)
  • Memakan dan meminum sesuatu yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.

Tazkirah : Sebab-Sebab Doa Ditolak

Reaksi :  
  • Anda mengenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hakNya.
  • Anda berkata anda cinta kepada Rasulullah SAW, tetapi anda tinggalkan sunnahnya.
  • Anda membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya.
  • Anda telah merasai nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi anda  tidak bersyukur kepadaNya.
  • Anda berkata syaitan itu musuh anda, tetapi anda tidak menentangnya.
  • Anda mengatakan syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal  untuknya.
  • Anda menyatakan neraka itu benar, tetapi anda tidak lari daripadanya.
  • Anda kata mati itu benar, tetapi anda tidakpun bersedia menghadapinya.
  • Anda bangun daripada tidur, lalu anda mengatakan banyak keaiban manusia, tetapi anda lupa keaiban sendiri.
  • Anda kebumikan jenazah saudara-saudara anda, tetapi anda tidak mengambil iktibar daripadanya.

Tazkirah : Etika Berdoa

Reaksi :  
  • Berdoa dalam keadaan bersih daripada hadas dan najis.
  • Menyeru nama Allah SWT dan berdoa dengan suara yang rendah dan melambangkan tawaduk serta rendah diri.
  • Menyesali kesilapan dengan sepenuh hati daripada segala dosa.
  • Berdoa pada waktu-waktu yang tertentu seperti selepas solat fardhu.
  • Berdoa dengan khusyuk dan yakin dengan kebesaran Allah SWT serta makbulnya.
  • Mengulangi doa-doa yang sangat dihajati.
  • Meminta perkara kebaikan sahaja.
  • Tidak memohon perkara maksiat.
  • Makanlah makanan yang halal sahaja agar hati tidak terhijab.
Khamis, 26 Januari 2012

Makluman : Pelantikan Ketua Pembantu Tadbir, PPD Mersing.

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Cik Zalina Hussain, KPT SK Sawah Dato' telah dilantik sebagai Ketua Pembantu Tadbir (KPT) PPD Mersing berkuatkuasa pada 16 Januari 2012.

Kami mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan kehadiran beliau ke PPD Mersing.
Semoga pelantikan akan memberi impak positif yang berganda kepada pengurusan perkhidmatan di daerah Mersing.

Wassalam.

Lampiran : Carta_PPD_Baru.pdf

Makluman : Pertukaran Pegawai di PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan pertukaran berkenaan adalah seperti berikut :

1. En. Rashidi bin Muhammad Safuan, PPPD Bimbingan & Kaunseling dan Kerjaya Murid bertukar ke SMK Seri Gading, Batu Pahat berkuatkuasa 16 Januari 2012.

2. En. Muhamad Fadli bin Othman, PPPD Pembangunan Profesional bertukar ke SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang berkuatkuasa 16 Januari 2012.

Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti mereka sepanjang bertugas di PPD Mersing dan daerah Mersing amnya..

SELAMAT MAJU JAYA.

Wassalam.

Lampiran : Carta_PPD_Baru.pdf
Isnin, 23 Januari 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Reaksi :  
Salam Mahabbah.

Sukacitanya kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA - GONG XI FA CAI kepada semua warga pendidikan Mersing yang berbangsa Tionghua .

Moga aman sejahtera dan bahagia selalu.

Wassalam.
Ahad, 22 Januari 2012

Terkini : Carta Organisasi PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami mempelawa rakan-rakan warga pendidikan Mersing yang berminat untuk mengisi beberapa jawatan kosong di PPD Mersing.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang belum diisi sehingga kini :

1. PPPD Sains Matematik (Menengah) DG41 - INTERIM
2. PPPD Bahasa Malaysia (Rendah) DG41 - INTERIM
3. PPPD Bahasa Inggeris (Menengah) DG41 - INTERIM
4. PPPD Perhubungan (DG41) - INTERIM
5. PPPD Pembangunaan Profesional (DG41) - INTERIM
6. PPPD Pengurusan Kualiti (DG41) - INTERIM
7. PPPD Bimbingan & Kaunseling dan Kerjajaya Murid (DG41) - INTERIM
8. Penyelia Kokurikulum (DGA32) - Hakiki
9. Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah (DGA32) - INTERIM

Rakan-rakan yang berminat, boleh hubungi terus kami di talian 07-7991269 atau 07-7996700

Wassalam.

Lampiran : Carta_PPD_Baru.pdf

Arahan Pemantauan Pelaksanaan PBS di sekolah kepada Pengetua dan Guru Besar

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Surat JPNJ.SPP(35)/600-6/s/18 Jld. 4(l) bertarikh 9 Januari 2012 adalah dirujuk dan berkaitan.


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan pentaksiran sekolah yang wajib dilaksanakan di sekolah yang menawarkan pelajar bagi mata pelajaran yang mempunyai komponen pentaksiran sekolah, seperti kerja kursus, PEKA, PAFA, modul, ULBS/PLBS dan lain-lain.
Pelaksanaan penambahbaikan mulai tahun 2O11, PBS merupakan sebahagian daripada Transformasi Pendidikan Kebangsaan yang wajib dilaksanakan mengikut garis panduan dan pekeliling yang ditetapkan. Semua pelajar di sekolah yang mendaftar untuk mengambil mata pelajaran tersebut wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


Sehubungan dengan itu, Pengetua dan Guru Besar hendaklah sentiasa memantau pelaksaan PBS di sekolah masing-masing dan mengambil tindakan sepatutnya, sebagaimana butiran surat berkenaan bagi memastikan PBS berjalan dengan lancar dan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.


Wassalam.


Lampiran : Arahan_Pemantauan_PBS.pdf
Lampiran : Instrumen Pemantauan PBS.pdf