* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 4 Februari 2012

Media : Kemas kini borang matrikulasi bermula 6 Feb.2012

Reaksi :  

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Borang Permohonan Matrikulasi bagi sesi 2012/2013 akan dibuka selama 15 hari bermula 6 Feb hingga 20 Feb ini bagi tujuan kemaskini maklumat tambahan.
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang telah mengisi borang permohonan melalui internet diminta mengemaskini maklumat tambahan melalui laman web KPM Bahagian matrikulasi dihttp://apps.moe.gov/permohonan-matrikulasi/kemaskini.
Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM, kata kenyataan bahagian itu di sini hari ini.
Kenyataan itu berkata, mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi melalui talian 03-88844083/4036/4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada waktu bekerja. - BERNAMA

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) YANG MENGGANTIKAN KURSUS INDUKSI (KISSM) 2012

Reaksi :  
Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2012, Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program transformasi Minda (PTM). Perkara ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011, JPA.BK(S) 226/6/16 (23).

Sehubungan dengan itu, permohonan bagi mengikuti PTM boleh dibuat melalui Sistem Latihan dan Kemajuan Staf (SiLKS) di pautan berikut : http://ppdpgudang.edu.my/ulks/ mulai 1 Februari 2012.

Wassalam.

Media : Empat belas sekolah lagi terima pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi

Reaksi :  
Sumber : Harian Metro 


Lima sekolah dari Johor, tiga dari Kedah, dua dari Terengganu, dua dari Pulau Pinang, serta masing-masing satu dari Pahang dan Negeri Sembilan, berada dalam kohort ketiga yang mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) hari ini, menjadikan jumlahnya kini 66 sekolah.
Semua pengetua dan guru besar 14 sekolah berkenaan tampil menerima watikah pengiktirafan dan peruntukan dana khas di Auditorium Parcel E di sini, yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Isnin, 30 Januari 2012

Makluman : Persaraan Pilihan En. Khair Affandi bin Mohd., Penyelia Pengurusan Sekolah Rendah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa En. Khair Affandi bin Mohd., Penyelia Pengurusan Sekolah Rendah, PPD Mersing akan bersara pilihan pada 1 Februari 2012.

Kami merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas jasa bakti beliau sepanjang bertugas dalam perkhidmatan pendidikan selama 32 tahun sejak 1 Januari 1980.
Penempatan pertama beliau adalah di SK FELDA Bukit Besar, Kulai pada 1 Januari 1980 sebagai Guru Penolong.
Beliau pernah bertugas di SK Tenglu dan SK Sri Pantai sebagai Guru Penolong sekitar tahun 1984 - 2001. Beliau turut pernah dilantik sebagai Penyelia Koko Akademik, Penyelia Pembangunan & Bekalan dan terkini Penyelia Pengurusan Sekolah Rendah di PPD Mersing.

Berikut dilampirkan surat ucapan penghargaan dan terima kasih beliau kepada seluruh warga pendidikan Mersing.
Wassalam.

Lampiran : Surat Penghargaan En. Khair Affandi.pdf
Ahad, 29 Januari 2012

Keputusan STAM 2011

Reaksi :