* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 24 Mac 2012

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

Reaksi :  
Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac 2012. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Kementerian Pelajaran Malaysia : Permohonan Kursus Perguruan

Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun. Status pengambilan ke Institut Pendidikan Guru pada tahun ini menjadi tanda tanya pada awalnya.


Syarat Asas

- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
Sejarah
Satu mata pelajaran yang lain serta;
Lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Program Pengajian
============
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
- Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 18 bulan atau 3 semestar di institusi yang ditetapkan.
- Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bidang Pengajian
===========
Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sekolah seperti berikut;
Sekolah Kebangsaan (SK)

- Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah :
Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
Bahasa Cina Pendidikan Rendah
Bahasa Arab Pendidikan Rendah
Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah
Bahasa Iban Penddikan Rendah
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) :

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
Matematik Pendidikan Rendah
Sains Pendidikan Rendah
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Bimbingan dan Kaunseling
Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

- Sekolah Jensi Kebangsaan Tamil (SJKT) :

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
Matematik Pendidikan Rendah
Sains Pendidikan Rendah
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Bimbingan dan Kaunseling
Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
- Cara Memohon
Pautan permohonan : http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/

- Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal
- Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2012.
- Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.
- Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
- Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup
========
Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 ini akan ditutup pada 5 April 2012.

Maklumat
======
- Maklumat di atas cuma ringkasan sahaja, sila rujuk Aplikasi Permohonan Program Perguruan dan baca dengan teliti sebelum anda membuat permohonan.
- Sila rujuk laman web Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2010 dan Jun 2011 sebagai panduan.
- Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/ 1242/ 1245

Lampiran : Aplikasi KPLI-SR

Sila baca Maklumat Program dengan teliti sebelum anda membuat permohonan Sebarang kesilapan semasa mengisi borang boleh menjejaskan permohonan anda 

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Siaran Bil. 3 Tahun 2011 : Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan K P ( B P S H - S P D K ) 2 0 1 / 0 0 5 / 0 2  J l d .   3 (25) bertarikh 31 Oktober 2011.


Dalam surat siaran berkenaan dinyatakan bahawa Hari Persekolahan Ganti Cuti Sempena Hari Raya Haji adalah pada 14 April 2012.  Atas permintaan pelbagai pihak dan respon orang ramai, tarikh berkenaan telah dipinda kepada 21 April 2012.


Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat Siaran KPM
Khamis, 22 Mac 2012

Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2012 -Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Reaksi :  
Sila muat turun di sini...Download
Sila muat turun di sini  Download
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan Program Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan/National Profesional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) di bawah program Program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Akademik 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Sasaran peserta adalah kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pihak IAB akan mula membuka permohonan Program NPQEL Ambilan 2 Tahun 2012 melalui laman web rasmi IAB www.iab.edu.my mulai 15 Mac 2012 hingga 15 April 2012.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan program ini bolehlah menghubungi terus Puan Nik Marini binti Nik Abdull Malik di talian 03-61056137/013-3611221/ nikmarini@iab.edu.my atau urus setia di talian 03-61056296. 

Tunggakan Gaji Penjawat Awam akan dibayar April ini

Reaksi :  

Urusetia Kem Kecemerlangan PMR Daerah Mersing Bil.1/2012

Reaksi :  
Tindakan :


Guru-Guru seperti lampiran 


Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing, tajaan bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) akan menganjurkan seminar berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 dan 27 Mac 2012 (Isnin dan Selasa)
Masa : 7.45 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Calon-Calon PMR 2012 (Anak Yatim)



Sehubungan itu, Tuan/Puan dilantik sebagai URUSETIA / PENCERAMAH dalam seminar tersebut.


Sekian. Wassalam.


Lampiran :
Lantikan_Urusetia.pdf
JADUAL_SEMINAR_PMR.pdf
URUSETIA_SEMINAR.pdf 

Seminar Kecemerlangan PMR Daerah Mersing Bil. 1 Tahun 2012

Reaksi :  
Tindakan :


Pengetua
SMK Mersing
SMK Ungku Husin
SMK Sri Mersing
SMK Pai Chee
SMK Anjung Batu
SMK Nitar
SMK Tenggaroh A
SMK Tan Sri Abd. Kadir
SM Arab Al-Khairiah


Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing, tajaan bersama Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM) akan menganjurkan seminar berkenaan seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 26 dan 27 Mac 2012 (Isnin dan Selasa)
Masa : 7.45 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Calon-Calon PMR 2012 (Anak Yatim)


Sehubungan itu, tuan diminta menghantar pelajar-pelajar Tingkatan Tiga sekolah tuan mengikut ketetapan agihan peserta yang dilampirkan bersama surat ini. Tuan juga diminta mengambil tindakan berikut :


1. Melantik Guru Pengiring sewajarnya.
2. Mengarahkan sekurang-kurangnya seorang guru mengikut mata pelajaran yang terlibat.
2. Melantik Pegawai Berkereta atau menguruskan pengangkutan pelajar mengikut keperluan.

Sekian. Wassalm. 

Lampiran : 

Pencapaian SPM Daerah Mersing Tahun 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, berikut dimaklumkan pencapaian SPM Daerah Mersing Tahun 2011.. 


Lulus dapat sijil
93.11% (1379 orang)
2010 : 94.01% (1475 orang)
Beza - 0.9 %

Calon Cemerlang (A+,A & A-)
1.69% (25 orang)
2010 : 2.74% (43 orang)
Beza – 1.05%

Gred Purata Keseluruhan Daerah:
Tempat ke 5 Negeri Johor (5.05)
2010 : Tempat ke 3 Negeri Johor (5.04)

Gred Purata Negeri :
5.00
Menguasai semua MP
53.21% (788 orang)
2010 : 55.51% (871 orang)
Beza – 2.3%

Gred Purata Keseluruhan Daerah:
5.05
5.04 (2010)
Beza + 0.01 (menurun)

Peratus Lulus Dapat Sijil:
Tempat  ke 2 Negeri Johor (93.11%)
2010 : Tempat ke 2 Negeri Johor (94.01%)

Gred Purata Nasional
5.04

Dengan pencapaian ini, PPD Metsing telah dianugerahkan ANUGERAH KHAS PPD CEMERLANG KATEGORI PENCAPAIAN PERATUS PELAJAR LAYAK MENDAPAT SIJIL SPM TAHUN 2011.


Kami merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua guru dan pelajar-pelajar yang terlibat atas pencapaian yang telah ditunjukkan..Moga usaha kita semua diberkati Allah SWT.