* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan ambilan untuk 2 Kohort Tambahan bagi Kursus Bahasa Jepun Satu Tahun selama 12 minggu bermula pada  13 Ogos 2012.  Guru-guru yang berminat dan berkelayakan berdasarkan kepada syarat yang dinyatakan dalam surat siaran, dialu-alukan untuk membuat permohonan. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pada atau sebelum 29 Jun 2012. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Sektor Pengambilan Dan Pendaftaran Latihan, BPG di talian 03-8884 1242/ 1230/1051. Sila rujuk surat siaran dan maklumat lain yang dilampirkan seperti di bawah :


Lampiran ;
Surat Siaran 1
Surat Siaran 2
Surat Siaran 3
Borang Permohonan Bahasa Jepun
Borang Biasiswa
Panduan Kod
Khamis, 31 Mei 2012

Bahan Taklimat PPPD Kurikulum kpd PPPS Baru

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, satu taklimat penempatan PPPS baru telah diadakan pada 23 Mei 2012 yang lalu.
Sehubungan itu, berikut disertakan bahan pembentangan PPPD Kurikulum untuk maklumat dan tindakan rakan-rakan guru yang berkenaan.
Wassalam.

Lampiran :
Slaid Taklimat
Keterangan_Logo_PPD.ppt
Arus Diri.ppt

KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012

Reaksi :  

PENGENALAN
Penilaian terhadap sistem pendidikan negara yang telah dilaksanakan mulai Ogos 2011 merupakan satu langkah awal untuk menilai secara keseluruhan tahap pencapaian pendidikan di Malaysia.  Kali terakhir kajian semula yang menyeluruh terhadap sistem pendidikan negara dilaksanakan adalah pada tahun 1956 dan 1960 dengan terhasilnya Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.  Laporan Penilaian Sistem Pendidikan Negara (LPSPN) yang terhasil pada akhir Mac 2012 akan menjadi input penting dalam penyediaan pelan pembangunan menyeluruh bagi sistem pendidikan negara dan pelan strategik KPM.Selain LPSPN sebagai sumber input– proses perundingan meluas akan diadakan mulai April 2012 bagi melibatkan dan mendapatkan input daripada komuniti dan pihak berkepentingan yang berminat melalui siri Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN 2012).

MATLAMAT
Matlamat akhir DNPN 2012 adalah untuk mendapatkan input daripada segenap lapisan masyarakat berkaitan pendidikan, khasnya beberapa aspek penting yang telah dikenal pasti mempunyai hubungan dan kesan terus kepada kemenjadian murid (student outcomes).  DNPD 2012 dapat memastikan bahawa tiada rakyat yang tercicir dalam memberikan idea dan pandangan.  Pendidikan adalah hak rakyat, dan sewajarnya suara mereka diambil kira dalam perancangan dasar pendidikan.  Input daripada DNPN akan diselaraskan dengan input daripada LPSPN dan makmal pendidikan bagi penyediaan blueprint dan pelan strategik KPM.

FORMAT
DNPN 2012 merangkumi empat kaedah bagi mendapatkan idea dan pandangan daripada masyarakat. Empat kaedah tersebut adalah dengan melalui: 
  • Perhimpunan awam merentasi setiap negeri di Malaysia (townhalls) 
  • Forum kumpulan berfokus (stakeholder forums) 
  • Kemukakan idea secara bertulis 
  • Survey kebangsaan komprehensif

Maklumat lanjut tentang perkara ini boleh dilayari di laman web khas yang dibuat khusus untuk menyampaikan maklumat ini. Capaian laman web ini ialah http://www.myedureview.com/

Lampiran : 
Isnin, 28 Mei 2012

PERMOHONAN GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) BAGI PROGAM SEKOLAH DALAM HOSPITAL

Reaksi :  

PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS DG 41,DG44 KUP, DG48 KUP)DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Dimaklumkan bahawa pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan diperluaskan di hospital-hospital berikut :
i. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
ii. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
iii. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu
iiii. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

3. Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS DG 41, DG44 KUP, DG48 KUP) dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk mengisi jawatan di Sekolah Dalam Hospital berkenaan.

4. Mereka yang berminat mengajar dan bertugas di SDH dan memenuhi syarat seperti di Lampiran B, bolehlah mengemukakanpermohonan mengunakan borang seperti Lampiran C.

5. Tarikh tutup permohonan telah dilanjutkan sehingga 31 Mei 2012. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui emailupkjohor@yahoo.com atau faksimili 07-2347127. Sila nyatakan email semasa membuat permohonan.

6. Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Ab Rahman di Talian 019-7551020 atau 07-2310004.
Sekian, terima kasih