* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 14 Jun 2012

Pengisian Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 dalam SAPS.

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah diminta mengisi keputusan tersebut dalam Aplikasi Atas Talian NKRA - SAPS sebelum atau pada 22 Jun 2012.

Harap Maklum.  Sila klik disini SAPS

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA DENGAN BAHAN KITAR SEMULA

Reaksi :  

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA DENGAN BAHAN KITAR SEMULA
ANJURAN JKD MP PENDIDIKAN MORAL (RENDAH) DAERAH MERSING 

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD MP Pendidikan Moral (Sekolah Rendah) akan mengajurkan pertandingan tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 28 Jun 2012 (Khamis)
Masa : 08.00 pagi
Tempat : Dewan SJK(C) Jemaluang

Acara : 

Tahap 1- Mereka Cipta ‘Kenderaan’
Tahap 2- Mereka Cipta ‘Bangunan’
                         
Penyertaan    :    

Tahap 1 - 2 orang setiap kategori
Tahap 2 - 2 orang setiap kategori
                        
Pertandingan ini terbuka kepada murid- murid sekolah rendah yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN:  21 JUN 2012

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Guru Besar SJKC Jemaluang.

 Lampiran :
Pertandingan_Rekacipta.pdf
Syarat_pertandingan.pdf
Borang_penyertaan.pdf
Rabu, 13 Jun 2012

Peringatan : Program Menggilap Permata dan Halus Permata berjalan ikut jadual

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan kerjasama dan komitmen rakan-rakan guru, juga semua pihak yang diamanahkan, program tersebut terus berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Program Menggilap Permata 4 SK disasarkan kepada 320 calon-calon cemerlang UPSR 2012.
Program tersebut dilaksanakan secara berpusat mengikut zon.

Manakala Program Halus Permata Mersing disasarkan kepada calon-calon pertengahan dan halus. Program berkenaan dijalankan secara berasaskan sekolah, serentak dengan Program Menggilap Permata atau mengikut budi bicara pihak sekolah.

Bagi SJK, program tersebut dijalankan di sekolah masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sabtu ini - 16 Jun 2012 (Sabtu). PMP4 diteruskan seperti berikut :

Zon Bandar : di SK Tenglu dan SK Sri Pantai
Zon Endau : di SK Pusat Air Tawar dan SK Teriang
Zon Tenggaroh : di SK Tenggaroh 05 dan 03
Zon Nitar : di SK Nitar 02.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua pihak agar memberikan kerjasama yang seikhlas mungkin bagi menjayakan program ini.. mulakanlah dengan hati yang ikhlas dan setulusnya bagai masa depan anak-anak permata kita.

Sekian ..Wassalam  BIAR KECIL TAPI UNGGUL, DARIPADA BESAR TAPI MACAM TUNGGUL.

Lampiran :

Peringatan : Pelaksanaan Program Menggilap Permata 4 Tahun 2012

Agihan Peserta Mengikut Sekolah
Jadual Asas PMP4 
Perincian Jadual PMP4  
Surat Pemakluman Sekolah.pdf
Lantikan Fasi dan Guru Pembimbing.pdf 
Lantikan Peg.Berkereta.pdf
Arahan Pemantauan.pdf 
Lantikan Penyelaras dan Pengelola.pdf
Surat Pemantauan Peg.pdf