* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 20 Jun 2012

Seminar Kecemerlangan Pendidikan PMR 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan Pejabat Pelajaran Daerah Mersing bersama Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing akan menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 - 28 Jun 2012.
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : 
Zon Mersing dan Nitar - Dewan Kuliah ILP Mersing.
Zon Endau - Dewan Zabedah, SMK Ungku Husin.
Zon Tenggaroh - Dewan SMK Tenggaroh A

Sasaran : 401 orang Calon-Calon PMR 2012.

Mata Pelajaran yang terlibat :

1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan program tersebut.
Wassalam.

Lampiran :
Hebahan_Seminar_PMR.pdf
Urusetia_Seminar_PMR.pdf
Ahad, 17 Jun 2012

Salam Israk dan Mikraj

Reaksi :  


Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah , kami mengucapkan selamat menyambut hari berlangsungnya peristiswa ISRAK dan MIKRAJ, satu mukjizat Rasulullah SAW yang berlaku di luar batas pemikiran manusia.


Setiap tahun pada 27 Rejab umat Islam akan mengingati kembara Rasulullah SAW di diISRAkan menaiki Buraq dari Masjidil-Haram ke MadinahBukit TursinaBaitul-laham dan berakhir di Masjidil-Aqsa. Daripada Masjidil-Aqsa Rasulullah diMIKRAJkan ke langit dengan menaiki tangga yang diturunkan daripada Syurga ke Baitul-Makmur (betul-betul di atas Baitullah, Mekah), Sidratul-Muntaha, Mustawa, Sharirul-Aqlam, Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab bertemu dan berdailog dengan ALLAH swt.


Terlalu banyak intipati dan pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa tersebut sebagai panduan  hidup kita di dunia dan di akhirat.
Semoga segalanya mendapat penghayatan sebaiknya daripada kita semua.


Berikut kami lampirkan beberapa pautan perkisahan peristiwa untuk tatapan kita bersama.


Wassalam.


Lampiran :
http://www.mypsa-wa.org/pdf/isra_mikraj.pdf
http://denaihati.com/isra-dan-mikraj-pengajaran-yang-dilupai
http://ahmadahlami.blogspot.com/2011/06/hikmah-di-sebalik-israk-dan-mikraj.html
Fenomena Jurussalam
Hikmah dan Kesaksian Sejarah Jurussalam.
Sejarah Masjid Al-Aqsa
Misteri Batu Terbang
Antara Batu Terbang, Jurussalam dan Kubah Emas
Asal Usul Yahudi
Sejarah Masjid Al-Aqsa
Air Mata Palestin