* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 28 Jun 2012

Peringatan : Program Menggilap Permata dan Halus Permata pada 30 Jun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan kerjasama dan komitmen rakan-rakan guru, juga semua pihak yang diamanahkan, program tersebut terus berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Program Menggilap Permata 4 SK disasarkan kepada 320 calon-calon cemerlang UPSR 2012.
Program tersebut dilaksanakan secara berpusat mengikut zon.Manakala Program Halus Permata Mersing disasarkan kepada calon-calon pertengahan dan halus. Program berkenaan dijalankan secara berasaskan sekolah, serentak dengan Program Menggilap Permata atau mengikut budi bicara pihak sekolah.

Bagi SJK, program tersebut dijalankan di sekolah masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sabtu ini - 30 Jun 2012 (Sabtu). PMP4 diteruskan seperti berikut :

Zon Bandar : di SK Mersing Kanan dan SK Sri Mersing
Zon Endau : di SK Lembaga dan SK Tanjung Resang (PINDAAN)
Zon Tenggaroh : dilaksanakan di sekolah masing-masing (PINDAAN)
Zon Nitar :
dilaksanakan di sekolah masing-masing (PINDAAN)

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua pihak agar memberikan kerjasama yang seikhlas mungkin bagi menjayakan program ini.. mulakanlah dengan hati yang ikhlas dan setulusnya bagai masa depan anak-anak permata kita.

Sekian ..Wassalam  BIAR KECIL TAPI UNGGUL, DARIPADA BESAR TAPI MACAM TUNGGUL.

Lampiran :

Peringatan : Pelaksanaan Program Menggilap Permata 4 Tahun 2012

Agihan Peserta Mengikut Sekolah
Jadual Asas PMP4 
Perincian Jadual PMP4  
Surat Pemakluman Sekolah.pdf
Lantikan Fasi dan Guru Pembimbing.pdf 
Lantikan Peg.Berkereta.pdf
Arahan Pemantauan.pdf 
Lantikan Penyelaras dan Pengelola.pdf
Surat Pemantauan Peg.pdf

Isnin, 25 Jun 2012

Pindaan Jadual Pelaksanaan Seminar Kecemerlangan Pendidikan PMR 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini adalah berkaitan dan dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan Pejabat Pelajaran Daerah Mersing bersama Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing akan menganjurkan seminar berkenaan dengan sedikit pindaan tarikh seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 - 28 Jun 2012.
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : 
Zon Mersing dan Nitar - Dewan Kuliah ILP Mersing.
Zon Tenggaroh - Dewan SMK Tenggaroh A
 
(PINDA kepada 3,4 dan 5 Julai 2012)
Zon Endau - Dewan Zabedah, SMK Ungku Husin. 

JADUAL TERPERINCI ADALAH DILAMPIRKAN ...

Sasaran : 401 orang Calon-Calon PMR 2012.
Mata Pelajaran yang terlibat :

1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan program tersebut.
Wassalam.

Lampiran :

Bengkel Verifikasi Data SEGAK Bulan Mac 2012

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Mersing. 

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan bengkel tersebut seperti butiran di bawah :

Tarikh : 29 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tgh.
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Sehubungan itu, mohon jasa baik pihak sekolah agar dapat membenarkan seorang Pengerusi Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Sekolah untuk hadir dan turut serta dalam bengkel tersebut.

Sila bawa komputer riba, data mentah SEGAK Mac 2012 dan data SMM terkini.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan Bengkel.pdf