* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 14 September 2012

Tindakan segera atasi kesilapan kertas ujian aptitud Tahun 6

Reaksi :  
Lembaga Peperiksaan telah mengambil tindakan segera dalam mengatasi kesilapan pada kertas peperiksaan ujian Aptitud Tahun Enam yang diduduki pelajar pada petang semalam.
    
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, semua sektor penilaian dan peperiksaan Jabatan Pelajaran negeri diarah untuk memaklumkan kepada ketua pengawas peperiksaan sekiranya terdapat jawapan E bagi soalan 41 hingga 61, calon peperiksaan diarah untuk menulis huruf E di kertas jawapan objektif.
    
Masalah ini timbul apabila ruang jawapan objektif bagi soalan 41 hingga 61 yang disediakan untuk calon hanya mempunyai abjad A,B,C dan D sahaja, sedangkan pilihan jawapan pada kertas soalan itu adalah A,B,C,D dan E.

Kenyataan itu turut menyebut Lembaga Peperiksaan akan memeriksa jawapan calon secara 'hand score' dan keputusan ujian ini tidak akan menjejaskan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan tidak dicetak pada slip keputusan calon.
    
Ujian Aptitud ini bertujuan melihat potensi diri, minat dan kecenderungan murid dan potensi yang dilaporkan berdasarkan dua kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah serta membuat keputusan.

Minat dan kecenderungan murid dilihat dalam bidang akademik, teknik, vokasional, seni budaya dan sosial atau sukan, menurut kenyataan itu.

- Bernama

Sukan Persahabatan PPD Kluang dan PPD Mersing Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya kami warga PPD Mersing mengalu-alukan kehadiran warga PPD Kluang ke Mersing bagi menyertai sukan berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 September 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Telok Gorek Chalet & Camp. Site
Anjuran : Kelab Warga PPD Mersing

Moga hubungan dua hala dan kerjasama antara PPD sentiasa mekar bagi kepentingan bersama dalam semua aspek. Insya Allah.
Khamis, 13 September 2012

Taklimat Pengelolaan Kursus Penyebaran KSSR Tahun 3 MP Pend. Moral

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan akan dilaksanakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 14 September 2012 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tgh.
Tempat : Bilik Konsultasi Akademik, Blob B, PPD Mersing

Lampiran :
Taklimat_JU.pdf
Lantikan_JU.pdf

Guru yang terlibat :
  • NYEO SHEUE LIANG (SJKC PAI CHEE)
  • DIANA ROBERT (SK KEM ISKANDAR)
  • NG MEI FANG (SJKC JEMALUANG)
  • YEW CHIN KHIN (SJKC CHIAO CHING)

Kursus Penyebaran KSSR Tahun 3 - MP Pendidikan Moral

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Guru Besar 
SK Peta
SK Labong
SK Tanah Abang
SK Sri Mersing
SK Sawah Dato
SK Kem Iskandar
SJKC Jemaluang
SJKC Pai Chee
SJKC Chiao Ching
SJKC Kg. Hubong
SJK Tamil
SK Bandar Endau

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan kursus berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 19 - 22 September 2012 (Rabu - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PPD Mersing
Sasaran : Guru-Guru yang mengajar MP Pendidikan Moral Tahun 3 pada Tahun 2013.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan ke kursus tersebut.
Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan Peserta.pdf

Makluman : Kematian En. Abdul Latife Ahmad, Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 02

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan SalamMahabbah.

Al-Hamdulillah, Al-Fatihah.

فرمان الله سبحانه وتعالى :
إذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون.

Maksud ayat :
Apabila datang ajal (saat kematian) mereka, nescaya tidak akan lewat dan cepat masa kematian mereka itu walaupun satu saat..

Dukacitanya dimaklumkan bahawa En. Abdul Latife Ahmad, Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 02 telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.10 pagi 12 September 2012 (Rabu) di kediaman beliau di Kg. Sawah Dato'.

Moga Allah SAW tempatkan roh beliau bersama-sama dengan orang soleh, syuhada dan ambiya. Keamponan dan janji syurga Allah swt, Insya Allah akan menjadi milik beliau.

Kami merakamkan ucapan takziah kepada Pn. Ainon Jariah, GPA SK Air Papan dan keluarga, moga tabah menghadapi cubaan ini..

Dengan pemergian tersebut, kami merasakan ianya satu kehilangan besar buat pendidikan daerah Mersing. Terlalu banyak sumbangan arwah kepada pendidikan Mersing untuk diperkatakan. Moga ianya akan diberi balasan setimpal oleh Allah swt. Terima kasih.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang telah membantu menguruskan jenazah beliau, ziarah, membacakan Al-Quran, tahlil atau apa sahaja bentuk sumbangan  bagi memastikan urusan berkenaan berjalan dengan lancar. #

Lampiran : amalan_bila_ahli_keluarga_meninggal_dunia.pdf
Rabu, 12 September 2012

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 24 TAHUN 2012 GURU PEMULIHAN DI BAWAH NKRA PENDIDIKAN - LINUS

Reaksi :  
Bersama-sama ini disertakan surat siaran BILANGAN 24 TAHUN 2012 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi tindakan PPD dan Sekolah-sekolah rendah.
Sila klik pautan di bawah untuk muat turun  surat siaran berkenaan. 

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 24 TAHUN 2012 GURU PEMULIHAN DI BAWAH NKRA PENDIDIKAN - LINUS

PENGGUNAAN SEPENUHNYA PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA (PCG) MATA PELAJARAN

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Bersama-sama ini disertakan Surat Kementerian KP(BPK)600-3(65) bertarikh 10 Ogos 2012 adalah berkaitan. Sehubungan itu, pihak sekolah hendaklah memastikan bantuan PCG mata pelajaran dibelanjakan sepenuhnya pada tahun semasa supaya murid mendapat manfaat daripada peruntukan yang diberikan.

LAMPIRAN
PENGGUNAAN SEPENUHNYA PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA (PCG) MATA PELAJARAN (Surat)
Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta mengambil tindakan selanjutnya sebagaimana surat edaran jabatan mengenai perkara ini.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada pegawai-pegawai berikut:
1) Pn. Hjh Komsaton Binti Haji Siraj - 07-2311422
2) Pn. Mazura - 07-2311423



LAMPIRAN
Surat Jabatan (Lain-Lain)
Surat KPM ms1 (Lain-Lain)
Surat KPM ms2 (Lain-Lain)
Selasa, 11 September 2012

Laporan Awal: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Reaksi :  



Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Bahasa Malaysia


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Ringkasan Eksekutif - Bahasa Malaysia


Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - English


Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - Executive Summary - English

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Reaksi :  
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN