* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

Man punishes the action , but Allah the intention

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 12 Oktober 2012

Pertandingan Galeri Sejarah Peringkat Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami merakamkan ucapan tahniah kepada sekolah-sekolah berikut kerana terpilih mewakili daerah Mersing ke pertandingan tersebut :

Kategori Bilik : SMK Sri Mersing dan SK Bandar Mersing.
Kategori Sudut : SMK Ungku Husin dan SK Sri Pantai

Sehubungan dengan itu, panel penilai peringkat negeri Johor akan datang ke daerah Mersing pada 15 Oktober 2012 (Isnin).
Mohon kesediaan pihak sekolah. Wassalam.

Mersing - Pencapaian Pep. Percubaan SPM 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pencapaian Mersing peperiksaan tersebut adalah seperti berikut :

Peratus Dapat Sijil : 82.79%
Gred Purata Sekolah : 6.15

Lampiran :
Analisis_Percubaan_SPM.pdf
Analisis MP.pdf
Near Miss Cemerlang.pdf

Makluman : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami pada 4 Oktober 2012 adalah dirujuk dan berkaitan.
Berikut adalah dokumen PPPM 2013-2025 untuk rujukan Tuan/Puan.


Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Sila dapatkan dokumen PPPM daripada pautan berikut :
1.Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
2.Ringkasan Eksekutif Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
3.Preliminary Report Malaysia Education Blueprint 2013-2025.
4.Executive Summary Preliminary Report Malaysia Education Blueprint 2013-2025
5.Tek Ucapan TPM dalam Majlis Pelancaran PPPM.
6.Persembahan TPM.
7.e-book PPPM.
8. Bab 1,2 dan 3.
9. Bab 4
10. Bab 5
11. Bab 6
12. Bab 7
13. Bab 8
14. Guru Penggerak PPPM

Sumber : Portal PMO
Rabu, 10 Oktober 2012

TAKLIMAT PENYELARASAN TUNTUTAN ELAUN GURU-GURU TUISYEN HIKMAH YPJ THN 6 UPSR SK2 MERSING 2012

Reaksi :  


TAKLIMAT PENYELARASAN TUNTUTAN ELAUN GURU-GURU TUISYEN HIKMAH YPJ THN 6 UPSR SK2 MERSING 2012


Tindakan
:
Guru Penyelaras Tuisyen Hikmah YPJ Sekolah-sekolah SKBM, SKMK, SKSP, SKSD, SKTenglu Dan SKTL






TAKLIMAT PENYELARASAN TUNTUTAN ELAUN GURU-GURU TUISYEN HIKMAH YPJ THN 6 UPSR SK2 MERSING 2012 
 

Merujuk kepada perkara di atas, taklimat tersebut akan di adakan sebagaimana ketetapan berikut :

Hari / Tarikh : Jumaat , 12 Oktober 2012
Masa: 3.00 ptg
Tempat: Bilik Seminar, Aras 3, Blok B, PPD Mersing


Sehubungan dengan itu, guru-guru penyelaras diminta untuk hadir ke taklimat tersebut

2.Para guru penyelaras juga perlu memastikan : -

2.1 setiap guru tenaga pengajar melengkapkan data program di dalam sistem prolims YPJ
dan menghantar setiap tuntutan disertakan dengan laporan prestasi murid sepanjang tahun pelaksanaan program.

2.2 membawa sistem SAP yang mengandungi maklumat lengkap prestasi murid-murid UPSR dari UPPM1 sehingga Peperiksaan Percubaan. ( Tidak lupa bawa laptop sekali ? )

2.3 menyertakan nombor akaun Bank Islam bagi tujuan pembayaran tuntutan.
Caj tambahan akan dikenakan kepada guru-guru yang menggunakan akaun bank lain seperti CIMB( RM3.00), Maybank(RM2.50), dan BSN(RM5.00).

3. Untuk makluman , pihak YPJ akan membuat bayaran elaun mengikut kadar maksimum 40 jam kepada guru-guru dan 20 jam kepada penyelaras dalam setahun dengan kadar RM18.00 sejam.

Semoga dalam perhatian, tindakan dan kerjasama dari pihak tuan jua.

Sekian. Terima kasih.


Selasa, 9 Oktober 2012

Perkara berkaitan pelaksanaan Kertas 3 Sejarah Ting. 4 dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini bertarikh 26 Sept. 2012 adalah berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa peperiksaan kertas tersebut adalah diselaraskan masa, JSI dan soalannya di peringkat negeri Johor. Usaha berkenaan telah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama PPMP Sejarah Negeri Johor.

Sehubungan dengan itu, ketetapan telah dibuat seperti berikut :

Tarikh Peperiksaan : 22 Oktober 2012

Soalan Umum kertas tersebut telah diedarkan sebelum ini dan perlu diedarkan kepada calon-calaon sebulan lebih awal daripada tarikh peperiksaan. (sila rujuk hebahan pada 26 Sept. 2012)

Butiran lanjut tentang cetakan kertas soalan berkenaan hendaklah dirujuk kepada Hjh. Azizah Abdullah, YDP MPSM Daerah Mersing.

Sekian untuk makluman. Wassalam.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan cadangan soalan berkenaan yang telah dibina oleh pihak Panel Perunding Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Negeri Johor untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam.

Lampiran : soalanpsvsekolahrendahakhirtahun2012.pdf

Takwim Persekolahan 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah..

Al-Hamdulillah, berikut dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka takwim tersebut seperti lampiran.
Sehubungan itu, mohon pihak sekolah agar dapat meneliti takwim tersebut sebagai langkah awal untuk menyediakan takwim sekolah.
Wassalam.

Lampiran : Takwim Persekolahan 2013


TAWARAN UNTUK PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT BAGI PPD MERSING DAN SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERPILIH BAGI TEMPOH OKTOBER - NOVEMBER 2012

Tindakan
:
Vendor-vendor Perkhidmatan / Perbekalan Yang Berdaftar Dengan Unit Kewangan PPD Mersing
Tarikh
:
09-10-2012
Unit
:
MAKLUMAT-ICT
Oleh
:
En. Azman Bin Yusof



Maklumat
:
Assalamualaikum wbrkth.

Tawaran adalah dipelawa kepada vendor-vendor perkhidmatan / perbekalan yang berdaftar dengan Unit Kewangan PPD Mersing untuk menjalankan perkhidmatan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan ICT di PPD Mersing dan sekolah-sekolah yang terpilih di daerah Mersing bagi tempoh Oktober - November 2012.

2. Vendor-vendor yang berminat bolehlah mendapatkan maklumat lanjut serta borang-borang yang berkaitan dengan menghantar email kepada
azman.yusof@moe.gov.my selewat-lewatnya pada 12 Oktober 2012.

3. Hanya vendor-vendor yang telah disenarai-pendek sahaja akan dihubungi untuk tindakan seterusnya.


Sekian. Makluman

Jemputan ke Hari Terbuka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Reaksi :  

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2012 kepada calon-calon PMR 2012 yang sedang sedang berlangsung pada 8 - 16 Oktober  2012.
Kami sentiasa mendoakan kecemerlangan anda. Wassalam

KEM PECUTAN AKHIR KECEMERLANGAN TUISYEN IBNU SINA YPJ 2012 : UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Tindakan
:
Semua Warga Pendidikan Mersing
Tarikh
:
09-10-2012
Unit
:
KURIKULUM
Oleh
:
En. Azman Bin Yusof



Maklumat
:
Sukacita dimaklumkan kem tersebut yang telah dilaksanakan dengan lancarnya selama 3 hari 2 malam dari 5 hingga 7 Oktober 2012 di La Bella Resort, Tenglu, Mersing.

Sehubungan dengan itu, PPD Mersing ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada individu-individu berikut yang telah menunjukkan dan mencurahkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program tersebut.

Mereka yang ingin diberikan kredit terdiri daripada : -

1.En. Md Jais bin Samat,
mantan Timbalan PPD Mersing yang kini merupakan Pengetua SMK Belitong, Kluang, yang telah memberikan ceramah motivasi dalam sesi penutup program tersebut.

2.Cik Ainul Hayati binti Hj Abd. Raof, Timbalan PPD Mersing yang telah datang pada hari  kedua melihat perjalanan program tersebut.

3.Ustaz Wan Nadzri bin Wan Abdul Rahman, Pen PPD Kurikulum, yang telah merasmikan penutupan program tersebut.

4.En. Ahmad Shahrol bin Mokhtar, guru SM Sri Mersing yang telah ditugaskan sebagai Kem Komandan 1 sepanjang 3 hari 2 malam program tersebut.

5.Puan Rafiza binti Seth, guru SMK Mersing juga sebagai Kem Komandan II program tersebut.

6.Puan Wan Elina Shazwani, guru dari SM Sri Mersing yang turut sama menjaga kebajikan para-pelajar sepanjang program tersebut.

7.Semua guru-guru tenaga pengajar bagi subjek-subjek Biologi, Kimia , Fizik dan Matematik Tambahan dari ketiga-tiga buah sekolah; SMSM, SMKM dan SMKUH.

8.Semua guru-guru pengiring berkenderaan yang telah menghantar dan mengambil balik pelajar-pelajar tersebut.

9.Pihak Pengurusan La Bella Resort yang telah banyak memberikan bantuan sepanjang tempoh program tersebut berjalan.

Semoga curah-bakti tuan-tuan akan menyumbang ke arah matlamat kecemerlangan MERSING HEBAT...INSYAALLAH...!!!


TERIMA KASIH...