* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 21 Disember 2012

PELANCARAN PORTAL BARU KPM

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Portal Baru KPM akan dilancarkan pada 24 Disember 2012 bersamaan hari Isnin jam 8.00 pagi.


Sehubungan dengan itu,  capaian ke Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengalami gangguan berikutan kerja-kerja migrasi ke Portal Baru. Proses migrasi akan bermula jam 12.00 tengah malam sehingga 8.00 pagi 24 Disember 2012 (Isnin).

Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut akan terdapat gangguan capaian ke atas Portal Rasmi KPM.

Segala kesulitan amat dikesali.


Wassalam.

PMR 2012 - Sekitar Laporan Akhbar

Reaksi :  



















Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Warga PPD Mersing akan menganjurkan majlis tersebut sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Disember 2012 (Sabtu)
Masa : 11.30 tgh. - 1.00 petang
Tempat : Hotel Seri Malaysia Rompin, Tanjung Gemuk, Rompin, Pahang.
Sasaran : Semua Ahli Kelab Warga PPD Mersing

Sehubungan dengan itu, semua ahli KWPPDMG adalah dijemput.
Kerjasama tuan/puan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Wassalam.

Lampiran : AJK Pengelola dan Tentatif Majlis.pdf

Sejarah telah tercipta apabila Pengumuman Rasmi Keputusan PMR 2012 bagi daerah Mersing telah dibuat  secara jarak-jauh via Video - Conferencing oleh Tuan Haji Yasman bin Jamsir, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing dari Hotel Warisan Dunia Hang Tuah, Melaka ke Bilik Mesyuarat, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing yang jaraknya lebih 300km.

Video -Conferencing pengumuman keputusan peperiksaan tersebut telah berjalan dengan lancar selama hampir  45 minit menggunakan kemudahan SKYPE dan talian 1BestariNet.
  
Haji Yasman bin Jamsir yang sedang menghadiri Mesyuarat Profesional PPD /Pengetua/ Guru Besar Bil.3 /2012 dari 17- 19 Disember 2012 merakamkan ucapan  syabas dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah mencapai kecemerlangan dalam keputusan tersebut.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar video - conferencing tersebut yang sempat dirakam di dalam bilik mesyuarat PPD Mersing.