* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 28 Disember 2012

Pengumuman Keputusan PMR 2012 Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah mengadakan majlis pengumuman keputusan tersebut pada 19 Disember 2012 di Dewan Seminar, Aras 6, JPN Johor.

Keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2012 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 2.69 mata (peningkatan 0.01 mata berbanding tahun 2011)

Semua A : 
7.42% (3,916 orang) berbanding 7.69% (4,117 orang) pada tahun 2011.

Menguasai : 
70.68% (37,283 orang) berbanding 70.71% (37,864 orang) pada tahun 2011.

GPN : 
2.69 berbanding 2.70 pada tahun 2011.

Sebanyak 25 anugerah pelbagai kategori telah disampaikan dalam majlis berkenaan.

TAHNIAH.

Lampiran :
Pengumuman_PMR_2012.pdf
Anugerah_PMR_Johor_2012.pdf

Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman Sekolah Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dengan hormat dan sukacitanya dilampirkan jadual pelaksanaan perkara berkenaan untuk tindakan pihak sekolah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Wassalam.

Lampiran :  BPSH_Pep._Dalaman_2012.pdf

Makluman : Pertukaran Penyelia Sekolah Rendah

Reaksi :  
Dengan sukacitanya PPD Mersing mengumumkan perlantikan 
En. Abd Wahab b. Mohamad, Penyelia
Sekolah Rendah, PPD Mersing bertukar 
sebagai Penyelia Sekolah Rendah 
PPD Kluang. Berkuatkuasa 26 Disember 2012.

Makluman : Pelantikan Pengetua SMK Tenggaroh A

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Tn. Mohd. Hamdin bin Sa'at, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tenggaroh A dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMK Tenggaroh A, berkuatkuasa 20 Disember 2012.

Moga SMK Tenggaroh akan terus cemerlang di bawah kepimpinan beliau.
Wassalam.

Makluman : Perubahan Jawatan Ketua Sektor di Jabatan Pelajaran Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa perubahan tersebut adalah seperti berikut :

1. En. Md. Buang bin Saibani, Ketua Sektor Jaminan Kualiti dilantik sebagai Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor berkuat kuasa pada 20 Disember 2012.

2. Hj. Shaharudin bin Sharif, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan dilantik sebagai Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor berkuat kuasa pada 20 Disember 2012.

3. Hj. Yasman bin Jamsir, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing dilantik sebagai Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Johor berkuat kuasa pada 20 Disember 2012.

TAHNIAH.
Sekian. Wassalam..

Makluman : Pelantikan (Baru) PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Syukur Al-Hamdulillah, sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa En. Md. Jais bin Samat, Pengetua SMK Belitong, Kluang telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Mersing berkuat kuasa pada 20 Disember 2012.

Kami warga PPD Mersing mengalu-alukan kehadiran beliau dan mengharapkan Mersing akan terus cemerlang.
Wassalam.

Makluman : Pergerakan PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

 Al-Hamdulillah, sukacitannya dimaklumkan bahawa Tn. Hj. Yasman bin Jamsir, PPD Mersing dilantik sebagai Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Pertukaran ini berkuatkuasa pada 20 Disember 2012.

Kami Warga PPD Mersing merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga atas pelantikan tersebut. Jutaan terima kasih atas sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di bumi pendidikan Mersing.
Kami turut mendoakan kecemerlangan beliau walau di mana berada.

Mersing Hebat.

Wassalam...
Isnin, 24 Disember 2012

Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) Negeri Johor 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya SPI Bil. 4 / 2008 dan surat JPNJ : SPA(05) / 600-3/6/2 (19) bertarikh 19 Disember 2012 adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah dikehendaki melaksananakan ujian tersebut berdasarkan prosedur pelaksanaan yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008.
Pihak sekolah juga perlu menyediakan peralatan yang standard dan memastikan tahap keselamatan murid terjamin ketika pelaksanaan ujian berkenaan.
Wassalam.

Lampiran :
SEGAK_2013.pdf
PPPJPK.pdf