* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 3 Januari 2013

Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Doa Selamat Awal Persekolahan 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya kami mengucapkan Selamat Kembali ke Alam Persekolahan Sesi 2013 kepada semua warga pendidikan daerah Mersing.

Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan pendidikan daerah Mersing, sekaligus akan membawa daerah Mersing ke mercu kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan pihak sekolah dapat melaksanakan Program Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Doa Selamat Awal Persekolahan 2013 seperti ketetapan berikut :

Tarikh :

5 Januari 2013 (Jumaat) : Sekolah Harian
4 Januari 2013 (Khamis) - Malam Jumaat  : Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Penentuan masa dan tempat adalah terpulang kepada budibicara pihak sekolah.

Objektif :
  1. Mewujudkan syiar kehambaan kepada Yang Maha Pencipta di kalangan warga pendidikan.
  2. Memohon kecemerlangan pendidikan Mersing dan dipermudahkan segala urusan yangg berkaitan bagi mencapai kecemerlangan tersebut sekaligus menyahut seruan Ilahi untuk Kerja Bersungguh-sungguh (Itqan) dalam apa jua tindakan yang diambil.
  3. Mewujudkan semangat kerja sepasukan berteraskan prinsip-prinsip yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakkal)
Sekian. Wassalam..
1BESTARINET : JADUAL PEMASANGAN VSAT BAGI SEKOLAH-SEKOLAH PULAU DAN SKM DAERAH MERSING JANUARI 2013
Tindakan       : Guru Besar Sekolah-sekolah Yang Berkenaan
Tarikh : 03-01-2013
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : Assalamualaikum wbrkth.

Bersama-sama ini adalah maklumat dari pihak YTL berkaitan Jadual Pemasangan VSAT 1BestariNet bagi sekolah-sekolah pulau dan SKM daerah Mersing Januari 2013.


JBA4030   SK PETA  - 15-01-2013
JBA4029   SK TANAH ABANG  -  17-01-2013
JBA4011   SK TANJUNG RESANG  -  18-01-2013
JBA4019   SK PULAU SIBU  - 23-01-2013
JBA4017   SK PULAU AUR  - 24-01-2013
JBA4021   SK PULAU TINGGI  - 24-01-2013
JBA4018   SK PULAU PEMANGGIL -  25-01-2013


Mohon kerjasama semua sekolah memantau perlaksanaan jadual berkenaan dan melaporkan sebarang isu dan masalah ke PPD Mersing jika berkaitan.

Sekian makluman awal.
Terima Kasih.
Rabu, 2 Januari 2013

Program Bicara Sinar UPSR 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Januari 2013
Tempat : Dewan SMK Anjung Batu
Tentatif :

8.00 - 8.30 pagi : Pendaftaran
8.30 pagi :

  • Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing
  • Nyanyian Lagu Bangsa Johor
  • Nyanyian Lagu Mersing Hebat
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing
  • Pembentaangan Pencapaian UPSR 2012
9.30 pagi : Rehat dan  Minum Pagi
10.00 pagi : Ketibaan Yang Berhormat Datuk Dr. Hj. Abdul Latiff bin Ahmad
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Aluan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing
  • Ucapan Yang Berhormat Datuk Dr. Hj. Abdul Latiff bin Ahmad
  • Penyampaian Netbook 1 Malaysia
  • Makan Tengahari dan bersurai.
Pakaian : 
  1. Pakaian Guru dan Warga PPD Mersing - Baju Batik
  2. Pakaian Pelajar - Pakaian Sekolah
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua Guru Besar agar dapat hadir dan memastikan kehadiran pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat. (TIDAK BOLEH TIDAK)

Sekian. Terima kasih. Wassalam.

Lampiran :
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan majlis tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 4 Januari 2013 (Jumaat)
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Warga PPD Mersing, Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Mersing. 
Tentatif :

9.00 - 9.30 pagi : Pendaftaran dan Sarapan Pagi
9.30 - 12.00 tgh :

  • Nyanyian Lagu Bangsa Johor
  • Nyanyian Lagu Mersing Hebat
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Timbalan PPD Mersing
  • Ucapan YDP MPSM Mersing
  • Ucapan YDP MGB Mersing
  • Ucapan Tn. Hj Yasman bin Jamsir, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Johor (Mantan PPD Mersing)
  • Majlis Serah Tugas
  • Penyampaian Cenderamata
  • Nyanyian Lagu Negaraku
  • Bacaan Selawat dan Bersalaman
  • Jamuan Makan Tengahari
SehubungaN dengan itu, mohon kerjasama semua warga PPD Mersing, Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Mersing (SK, SJK, SMK, SMSSI, SMAAM, SRAB dan MRSM) agar dapat hadir dan turut serta dalam majlis tersebut.

Sebarang cenderamata atau hadiah, hendaklah diserahkan kepada urus setia semasa pendaftaran dibuat.
Sekian. Wassalam . MERSING HEBAT