* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 3 Januari 2013

Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Doa Selamat Awal Persekolahan 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya kami mengucapkan Selamat Kembali ke Alam Persekolahan Sesi 2013 kepada semua warga pendidikan daerah Mersing.

Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan pendidikan daerah Mersing, sekaligus akan membawa daerah Mersing ke mercu kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan pihak sekolah dapat melaksanakan Program Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Doa Selamat Awal Persekolahan 2013 seperti ketetapan berikut :

Tarikh :

5 Januari 2013 (Jumaat) : Sekolah Harian
4 Januari 2013 (Khamis) - Malam Jumaat  : Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Penentuan masa dan tempat adalah terpulang kepada budibicara pihak sekolah.

Objektif :
  1. Mewujudkan syiar kehambaan kepada Yang Maha Pencipta di kalangan warga pendidikan.
  2. Memohon kecemerlangan pendidikan Mersing dan dipermudahkan segala urusan yangg berkaitan bagi mencapai kecemerlangan tersebut sekaligus menyahut seruan Ilahi untuk Kerja Bersungguh-sungguh (Itqan) dalam apa jua tindakan yang diambil.
  3. Mewujudkan semangat kerja sepasukan berteraskan prinsip-prinsip yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakkal)
Sekian. Wassalam..

0 komen ::

Catat Ulasan