* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 8 Januari 2013

Penghargaan - Bicara Sinar 2012 Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing telah mengadakan program Bicara Sinar UPSR 2012 Daerah Mersing pada 5 Januari 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Anjung Bestari SMK Anjung Batu.

Seramai 610 orang telah menerima sebuah Netbook setiap seorang dalam majlis tersebut. Mereka terdiri daripada murid-murid cemerlang (5A, 7A, 6A 1B), guru-guru atau individu-individu yang terlibat dengan Program Menggilap Permata dan Halus Permata 2012 dan pegawai-pegawai di PPD Mersing.
Sijil-Sijil Penghargaan turut disampaikan keadaan murid-murid yang cemerlang dan sebanyak 30 buah sekolah telah diberikan Anugerah Kecemerlangan UPSR 2012 dalam pelbagai kategori.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh YB. Datuk Hj. Dr. Abdul Latiff bin Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Mersing.

YB Datuk juga telah mengumumkan sumbangan berupa wang tunai RM2,000.00 setiap satu kepada 30 buah sekolah yang menerima anugerah tersebut dan RM5,000.00 kepada Pejabat Pelajaran Daerah Mersing.

Pihak Ahli Parlimen juga menanggung kos makan minum untuk 650 orang hadirin yang hadiri dalam program tersebut.

Kami warga Pendidikan Mersing merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak datuk atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada pendidikan daerah Mersing.

Tahniah kepada semua warga kerja program berkenaan... terima kasih.. kalian semua hebat..dan akan terus hebat Insya Allah.

Tahniah kepada semua pihak yang menerima anugerah. Mudahan ianya menjadi satu suntikan semangat kepada anda untuk bekerja lebih keras dan ikhlas...

Jutaan kemaafan dipinta atas segala kekurangan dan kelemahan yang mungkin berlaku sepanjang pengelolaan program tersebut. Teguran dan cadangan boleh disalurkan kepada kami melalui alamat email akademikmg@gmail.com atau terus ke talian pegawai kami Ust. Wan Nadzri Wan A.Rahman, 07-7996700. Wassalam.

Lampiran :
Anugerah UPSR_2012.pdf
Pelajar_Cemerlang.pdf
zon_bandar. 
zon_endau. 
zon_nitar. 
zon_tenggaroh.

0 komen ::

Catat Ulasan