* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 8 Januari 2013

SURAT MAKLUMAN STATUS PELAKSANAAN PEMBERIAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, surat Pejabat Ketua Setiausaha KPM : KP (PP) 0053/7 Jilid 13 (37) bertarikh 7 Disember 2012 adalah dirujuk dan dilampirkan.

Sukacitanya juga merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2002 dan Surat Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2003 bahawa pembayaran Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Kementerian Pelajaran Malaysia berkuat kuasa 1 Januari 2003. 
PPP yang dibayar insentif berkenaan adalah PPP yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPP yang mengajar subjek Bahasa Inggeris dan PPP yang menggunakan kelayakan dalam bidang-bidang tersebut dalam tugas rasmi mereka.

Berikutan perubahan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang dilaksanakan secara berperingkat, KPM mendapati terdapat kekeliruan berhubung pelaksanaan pemberian BISP.
Pemberian BISP adalah tertakluk kepada peraturan semasa yang berkuatkuasa seperti di atas.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah hendaklah memastikan pembayaran BISP dilaksanakan hanya kepada PPP yang memenuhi syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
Harap maklum. Wassalam.

Lampiran :
Surat Pejabat KSU KPM : KP (PP) 0053/7 Jilid 13 (37)
SPP Bil. 15 2002
SPP Bil. 3 2003

1 komen ::

Tanpa Nama berkata...

salam
maksudnya disini pihak sekolah yg akan memberhentikan sendiri pemberian elaun bisp tu ye?
ade dengar berita di perak guru2 diminta bayar semula bisp bg tahun 2012 sekiranya tidak menggunakan bahasa inggeris

Catat Ulasan