* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 15 Februari 2013

Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kelab Warga PPD Mersing - 8 Februari 2013 (Jumaat)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, majlis sambutan tersebut telah selamat diadakan pada 8 Februari 2013 (Jumaat) mulai jam 8.15 pagi hingga 12.00 tgh. di PPD Mersing.
Majlis dimulai dengan perarakan, disusuli dengan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah dan seterusnya acara dewan di Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Majlis berkenaan disertai oleh En. Md. Jais bin Samat, PPD Mersing merangkap Penaung Kelab Warga PPD Mersing dan Cik Ainul Hayati bt. Abdul Raof, Timbalan PPD Mersing merangkap Penasihat Kelab Warga PPD Mersing.
Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah sekitar bandar Mersing turut serta memeriahkan lagi majlis sambutan tersebut. Disamping itu, kehadiran dan penyertaan warga PPD Mersing serta PKG Mersing telah mencerminkan nilai kerjasama, kesepakatan dan ukhuwwah yang erat di kalangan warga PPD Mersing.
Sambutan yang bertemakan Arab - As-Sunnah di Hati, telah mempamerkan pemakaian Jubah, pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW oleh para hadirin.
Majlis berkenaan diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Sofi Solehah dan bacaan rawi serta persembahan Qasidah (Yahanana - Alangkah Beruntungnya Kita) oleh 20 orang anak-anak Permata SM Arab Al-Khairiah Mersing.
Usth. Mashitah Bt. Ghazali, Guru SMAAM telah menyampaikan ceramah yang penuh bertenaga dan mampu membawa hadirin seolah-olah berada di zaman hidup Rasulullah SAW.
Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan harta, tenaga dan idea secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut. Wassalam. # TAHNIAH.

 



















 







1 komen ::

Tanpa Nama berkata...

ALHAMDULILLAH SYUKUR KEHADRAT ALLAH S.W.T MAJLIS BERJALAN LANCAR DAN BERJAYA... TERIMA KASIH KEATAS AHLI JAWATANKUASA YANG MENGERAKKAN MAJLIS INI DAN MUDAH-MUDAHAN SAMBUTAN INI TERUS MENERUS DISAMBUT DAI TAHUN KE TAHUN AMIN...

Catat Ulasan