* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 14 Februari 2013

Sekitar Operasi Pinang PPD Mersing - 8 Februari 2013 (Jumaat)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, jutaan syukur kehadrat Allah SWT atas kurniaan nikmat yang tidak terkira banyaknya. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program gotong royong menanam 50 batang pokok pinang.
Program berkenaan telah diadakan pada jam 4.15 petang hingga 6.00 petang pada 8 Februari 2013 (Jumaat) di sekitar bangunan PPD Mersing.
Operasi Pinang tersebut diberhentikan seketika bila masuk waktu solat Fardhu Asar bagi memberi peluang kepada sahabat-sahabat untuk menunaikan tangungjawab Solat Fardhu Asar secara berjemaah di Surau Lelaki, Blok B, PPD Mersing.
Program tersebut dimeriahkan lagi dengan penyertaan En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing merangkap Penaung Kelab Warga PPD Mersing dan En. Hasan bin Abd. Rashid, PPPD Pengurusan Sekolah, merangkap Mursyidul Am Kelab Warga PPD Mersing.
Kami amat berterima kasih atas keterlibatan warga kelab secara langsung atau tidak langsung.
TAHNIAH..Mersing Hebat.
En. Md. Jais bin Samat, PPD Mersing menyempurnakan
acara kemuncak operasi tersebut dengan menanam
sebatang anak Pokok Mempelam. 





 

0 komen ::

Catat Ulasan