* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 9 Mac 2013

Laporan Pengamalan Dasar Melindungi Masa Instruksional Jan-Feb. 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, taklimat kami pada 8 Mac 2013 (Jumaat) jam 4.30 petang di Dewan Al-Azhar, mengambil peluang dalam Taklimat e-Operasi kepada Pengetua dan Guru Besar serta Guru Data sekolah-sekolah daerah Mersing adalah berkaitan

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Johor sedang mengumpul maklumat pengamalan dasar berkenaan di sekolah untuk tindakan seterusnya di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat membuat laporan berkenaan secara atas talian menggunakan format borang Laporan MMI (Lampiran A) dan Laporan MMI (Lampiran D) di One Stop Data JPN

Setiap sekolah hendaklah menggunakan Kata Laluan yang telah dimaklumkan dalam taklimat berkenaan setiap kali mendaftar masuk ke aplikasi tersebut, selepas membuat pilihan daerah dan sekolah masing-masing.



Laporan berkenaan perlu disiapkan sebelum atau pada 12 Mac 2013 (Selasa).
Sila gunakan IE sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan enjin carian lain. 

TINDAKAN SEKOLAH
1.  Mencetak Sepanduk KAMI WARGA SEKOLAH ................. BERILTIZAM UNTUK MELAKSANAKAN DASAR MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.

2.  Mencetak Buku MMI, Panduan Pelaksanaan MMI dan Pelan Tindakan sekurang-kurang satu set.

3. Membuat laporan pengamalan MMI secara Atas Talian menggunakan format Laporan MMI (Lampiran A) dan Laporan MMI (Lampiran D) di One Stop Data JPN.

Lampiran : 
Surat Siaran
Buku MMI
Panduan Pelaksanaan MMI
Pelan Tindakan MMI
Carta Gantt Pelaksanaan KPM
Instrumen Pemantauan MMI
Pelaporan MMI

1 komen ::

SK KAMPUNG BELUKAR KUANTAN PAHANG berkata...

Tahniah! Info dan Bahan MMI yang sangat membantu.

Catat Ulasan