* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 6 Mac 2013

PROGRAM KELAS BIMBINGAN YPM-MRSM (SPM) Tahun 2013

Reaksi :  


Kepada,

PENGETUA
SMK SRI MERSING
SMK MERSING
SMK NITAR
SMK ANJUNG BATU
SM ARAB AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH MERSING

Assalamu a’laikum wrth. / Salam Mahabbah

Tuan,

PROGRAM KELAS BIMBINGAN YPM-MRSM (SPM) Tahun 2013

Perkara di atas adalah dirujuk. Taklimat berkaitan perkara berkenaan pada 1 Mac 2013 di Bilik Mesyuarat MRSM Mersing adalah berkaitan.
                                                                                                                  
2. Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Yayasan Pelajaran MARA dan MRSM Mersing akan akan menganjurkan program tersebut secara bersiri seperti jadual yang dilampirkan bersama-sama surat ini bermula pada 10 Mac 2013 (Ahad) ini sebanyak 12 siri kelas, 3 siri motivasi dan 3 siri peperiksaan secara PERCUMA.

3. Sehubungan itu, pihak kami mengharapkan agar pihak sekolah dapat mengenalpasti murid-murid calon-calon SPM 2013 (tahap sederhana) bagi mengikuti program tersebut seperti agihan berikut :

3.1. Matapelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan
                                3.1.1. SMK Sri Mersing      x 5 orang
                                3.1.2. SMK Mersing            x 10 orang
                                3.1.3. SMK Anjung Batu     x 10 orang
                                3.1.4. SMK Nitar                  x 5 orang

                3.2. Matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah
                                3.2.1. SMK Anjung Batu     x 20 orang
                                3.2.2. SMK Mersing            x 10 orang
                                3.2.3. SMK Nitar                  x 5 orang
                                3.2.4. SMK Sri Mersing      x 5 orang
                                3.2.5. SMAAM                      x 20 orang
               
4. Pengangkutan bas akan disediakan bagi murid-murid SMK Mersing, SMA Al-Khairiah Mersing dan Asrama SMK Sri Mersing.

5. Sebarang tindakan yang telah dipersetujui semasa taklimat pada 1 Mac 2013 di MRSM Mersing hendaklah dipatuhi dan diambil tindakan sewajarnya.

6. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi En. Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum di talian 07-7996700 atau terus kepada MRSM Mersing.

Komitmen dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing. Wassalam

Lampiran : KB_YPM--MARA.pdf

0 komen ::

Catat Ulasan