* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 5 Mac 2013

PROGRAM SERIBU BINTANG UPSR 2013 NEGERI JOHOR

Reaksi :  
PROGRAM SERIBU BINTANG UPSR 2013 NEGERI JOHOR - MAKLUMAT SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERLIBAT DAN TARIKH TAKLIMAT UNTUK GURU BESAR SERTA BORANG MAKLUMAT YANG PERLU DILENGKAPKAN
 
Tindakan       : Guru Besar Sekolah-sekolah SK Air Papan, SK Penyabung Dan SK Teriang
Tarikh : 05-03-2013
Unit : KURIKULUM
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : Assalamualaikum wbrkth

A. PROGRAM SERIBU BINTANG – pengenalan secara ringkas

Program ini hanya melibatkan sekolah-sekolah SKM dan Luar Bandar yang terpilih yang tidak mendapat apa-apa tajaan tuisyen dari mana-mana pihak. Pemilihan dibuat sepenuhnya oleh pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)dengan cadangan oleh SPA JPN Johor.

Untuk Daerah Mersing, sekolah-sekolah yang terpilih ialah SK Air Papan, SK Penyabung dan SK Teriang

Semua calon-calon UPSR 2013 akan mengikuti program Seribu Bintang ini secara berpusat di salah sebuah SM Sains yang akan ditentukan kemudian. Murid-murid akan mengikuti bengkel-bengkel UPSR yang akan dikendalikan oleh Guru Cemerlang dan Guru Kanan MP selama 3 hari 2 malam bagi setiap sesi.

Sebanyak 3 sesi akan dilaksanakan dalam musim cuti persekolahan pada bulan-bulan Mac, Jun dan menjelang UPSR pada bulan Ogos.

B. TAKLIMAT PROGRAM KEPADA GURU BESAR DAN GURU PENYELARAS UPSR SEKOLAH

Maklumat yang terlebih terperinci mengenai program ini akan ditaklimatkan kepada semua Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat akan di adakan pada hari Jumaat, 08 Mac 2013, jam 2.00 petang di SK Parit Raja, Batu Pahat. Surat panggilan taklimat telah difax ke sekolah-sekolah yang berkenaan.

C. BORANG MAKLUMAT GURU MATAPELAJARAN DAN MURID-MURID

Sila muaturun Borang Maklumat Guru dan Pelajar dan sila lengkapkan dan dikembalikan melalui email kepada Pegawai Meja Tuisyen YPJ PPD di email azman.yusof@moe.gov.my sebelum 7 Mac 2013.

Sekian. Terima Kasih.


Lampiran 1 :   FAUZAN_PROG_SERIBU_BINTANG_(1).xlsx

0 komen ::

Catat Ulasan