* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 23 April 2013

BERITA HARIAN BERTARIKH 22 FEBRUARI 2013 – PBS PUNCA ANAK PASIF BELAJAR

Reaksi :  


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Ibu Runsing, Kuala Lumpur” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 22 Februari 2013 – PBS punca anak pasif belajar.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah merupakan pentaksiran yang bersifat holistik yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan. PBS terdiri daripada dua komponen akademik iaitu Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) dan dua komponen bukan akademik iaitu Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). 
Bagi murid tingkatan 1, hanya PS sahaja yang baru dilaksanakan bagi komponen akademik, manakala PPsi dan PAJSK bagi komponen bukan akademik. PS dilaksanakan dengan memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran secara formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P atau pentaksiran secara sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. 
PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran(assessment of learning). Melalui PS, Pentaksiran Rujukan Standard digunakan untuk melaporkan prestasi atau tahappenguasaan murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard dalam Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi setiap mata pelajaran.  DSP ini terdiri daripada pernyataan standard, deskriptor dan evidens. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. 
PS boleh dilaksanakan di dalam atau luar bilik darjah dan sama ada  secara formal atau tidak formal. Justeru, guru perlu meneliti dan memahami apa yang tertulis dalam DSP agar dapat menyediakan instrumen pentaksiran yang sesuai dan dapat mengukur kemahiran murid.
Contoh yang diberi B3D1E2 – menentukan arah berdasarkan lapan mata angin dengan menggunakan kompas atau B4B3E1 -  menghuraikan kepentingan ciri bentuk muka bumi Malaysia, walaupun ia berbentuk fakta, guru boleh menghasilkan instrumen pentaksiran mengikut kreativiti guru. Guru juga perlu mempelbagaikan instrumen mengikut kesesuaian dan prestasi murid. 
Sebagai contoh jika seorang guru Geografi hendak memastikan sejauh mana muridnya boleh  ‘menghurai kepentingan ciri bentuk muka bumi’, guru boleh mengujinya melalui aktiviti lisan. Guru juga boleh membuat aktiviti di hadapan kelas menggunakan kompas bagi menentukan arah lapan mata angin. Guru masih boleh menggunakan paper and pencil test, dengan meminta murid menulis langkah  satu persatu mengikut tertib bagi menentukan arah mata angin. Begitu juga untuk mata pelajaran Pendidikan Islam, contohnya ‘boleh mengambil wuduk dengan betul’ guru boleh membawa murid ke paip air, kemudian minta murid mengambil wuduk mengikut cara yang betul. Semasa murid melakukan amali mengambil wuduk tersebut, guru memerhati dan menilai sama ada murid tersebut benar-benar boleh mengambil wuduk dengan betul. Jika semasa menilai itu, guru melihat ada yang tidak betul, guru boleh membimbing murid melaksanakannya dengan betul.
Dalam hal ini, PS berperanan sebagai satu proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi. Oleh itu, P&P dan pentaksiran dilaksanakan sehinggalah murid dapat menguasai apa yang perlu dikuasai. Bagi murid yang cemerlang dan boleh menguasai sesuatu kemahiran dengan satu bentuk instrumen bolehlah meneruskan pembelajaran dan pentaksiran bagi topik yang seterusnya. Penglibatan aktif murid yang cemerlang sangat digalakkan untuk membantu rakan sebaya yang kurang cemerlang dalam memahami sesuatu topik sehingga mereka dapat menguasainya. Semangat untuk merasai kejayaan bersama-sama dapat dipupuk dalam kalangan murid menerusi PS. Selain daripada itu, murid perlu bersaing aktif dengan kebolehan diri sendiri mengikut standard prestasi yang telah ditetapkan untuk mempertingkatkan prestasi dalam sesuatu mata pelajaran.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi meja bantuan sama ada melalui e-mel atau panggilan telefon sepertimana maklumat yang tertera dalam portal www.moe.gov.my/lp. 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 komen ::

Catat Ulasan