* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 23 April 2013

BERITA HARIAN BERTARIKH 5 MAC 2013 – SYOR MANTAPKAN SISTEM PBS

Reaksi :  


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Nurul Nabisah Mohamad, Guru Matematik” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 5 Mac 2013 – Syor mantapkan sistem PBS.
Pihak KPM ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan dan juga mengambil maklum cadangan penambahbaikan PBS yang dikemukakan. 
Untuk makluman, KPM telah melaksanakan beberapa penambahbaikan PBS dan sedang melaksanakan penambahbaikan PBS secara berterusan. Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah kajian semula dan pengurangan bilangan evidens bagi beberapa mata pelajaran tertentu, dan penambahbaikan terhadap paparan, kapasiti, kepenggunaan yang lebih mesra pengguna dan kebolehcapaian Sistem Pengurusan PBS (SPPBS). 
Pihak KPM ingin menarik perhatian kepada beberapa perkara dalam pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) seperti yang dicadangkan dalam Panduan Pengurusan PBS mulai muka surat 52. PS merupakan satu daripada empat komponen PBS yang diperkenalkan. PS yang menggunakan pentaksiran rujukan standard melaporkan prestasi murid tanpa membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). PS dilaksanakan dengan pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir secara pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir sesuatu unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. Justeru, tugasan, projek, kuiz, amali dan ujian bertulis (paper and pencil) boleh dilaksanakan dalam PS agar pembelajaran berterusan dan lebih bermakna dapat dipertingkatkan.
Pihak KPM juga ingin berkongsi maklumat tentang mekanisme penjaminan kualiti yang telah disediakan seperti dalam Panduan Pengurusan PBS mulai muka surat 24 sebagai rujukan. Jawatankuasa PBS di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon. 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 komen ::

Catat Ulasan