* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 30 April 2013

Mohon Sumbangan Ikhlas Bagi Keluarga Arwah Tn. Haji Abd. Razak bin Pid

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tn. Hj. Abd. Razak bin Pid, 44 Tahun, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Anjung Batu telah kembali ke rahmatullah pada 24 April 2013 (Rabu) selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya. 
Beliau ketika itu dalam perjalanan pulang ke Mersing selepas mengikuti Bengkel Latihan Untuk Pengajar (TOT)  di The Zon Regency Hotel By The Sea, Johor Bahru (22-24 April 2013).


Turut meninggal dunia ialah dua orang anak beliau Adibah Taqiyyah Abd. Razak, 14 Tahun, murid Tingkatan 2 SMK Sri Mersing dan A'Fiqah Ihsaniyyah Abd. Razak, 11 Tahun, murid Tahun 5 SK Bandar Mersing.
Jenazah mereka selamat disemadikan pada pagi 25 April 2013 (Khamis) di Tanah Perkuburan Islam, Bt. 3, Jalan Jemaluang, Mersing, Johor.
Manakala seorang lagi anak beliau, Adik Alimul Helmi Abd. Razak, 9 tahun, murid Tahun 3 SK Bandar Mersing masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Al-Hamdulillah, keadaan adik Alimul Helmi bertambah baik.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diharapkan dapat mengadakan kutipan sumbangan daripada warga sekolah masing-masing untuk tujuan di atas. Sumbangan tersebut, hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Mersing 
(u.p. Hjh. Halimah binti Romeli, Penyelia Pendidikan Islam) sebelum atau pada 10 Mei 2013.
Wassalam.. AL-FATIHAH.

1 komen ::

Tanpa Nama berkata...

salah taip nama kawan baek sye arghhh sedih !!!!!

Catat Ulasan