* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 14 Mei 2013

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN ANTARTIKA LESTARI 2013 (LANJUTAN TARIKH)

Reaksi :  
Semua PPD
Semua Pengetua
Semua Pelajar Sekolah Menengah

ANTARTIKA LESTARI 2013

Untuk makluman semua, Pertandingan Antartika Lestari yang bertemakan
Warisan Bersama Untuk Faedah Bersama anjuran POLAR@USM dengan
kerjasama Program Penyelidikan Antartika Kebangsaan (MARP), Pusat Kajian
Kelestarian Global (CGSS), Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) &
sokongan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Kokurikulum &
Kesenian) telah bermula pada April 2013.


Sehubungan dengan itu, semua pelajar sekolah menengah adalah dipelawa 
untuk menyertai Pertandingan Antartika Lestari yang berteraskan Pendidikan 
Alam Sekitar yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia dibawah program
Long-Term Research Grant Scheme (LRGS) – Kementerian Pengajian Tinggi 
(KPT) yang turut sama melibatkan penyelidik dari Universiti Malaya (UM) dan 
Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Selain itu, pertandingan ini merupakan sebahagian program outreach bersempena persidangan antarabangsa 6th Malaysian International Seminar on Antarctica 
2013 (MISA6 2013) yang akan dinaungi oleh DYMM Sultan Mizan Zianal Abidin 
dan berlangsung pada 8-9 Oktober 2013 di Pulau Pinang.


Terdapat 2 kategori pertandingan iaitu Pertandingan Menulis Esei dan
Pertandingan Mencipta Video Kreatif. Hadiah lumayan dan hebat menanti semua.
Untuk maklumat lanjut pertandingan boleh diperolehi melalui laman sesawang http://www.http://antartikalestari.webstarts.com/index.html.

Tarikh akhir bagi penghantaran pertandingan iaitu Pertandingan Menulis Esei
dan Pertandingan Mencipta Video Kreatif adalah seperti berikut:

Kategori Esei : 28 Mei 2013 (Selasa)
Kategori Video : 15 Jun 2013 (Sabtu)


Bersama-sama ini disertakan maklumat mengenai pertandingan untuk makluman
semua.

Terima kasih.
LAMPIRAN
 Kebenaran KPM (Lain-Lain)
 Maklumat Pertandingan Mencipta Video Kreatif (Lain-Lain)
 Maklumat Pertandingan Menulis Esei (Lain-Lain)

0 komen ::

Catat Ulasan