* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 11 Mei 2013

PENTING: PENGISIAN DATA PENCERAPAN P DAN P

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor mensasarkan agar semua guru dicerap sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pencerapan pengajaran dan pembelajaran juga perlu disusuli dengan sesi perbincangan atau klinikal bagi memastikan pelaksanaan kurikulum menepati standard yang ditetapkan. Perkara ini adalah terkandung dalam SPI Bil. 3/1987 yang menjelaskan bahawa salah satu dari tugas Pengetua dan Guru Besar adalah melaksanakan Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran di dalam kelas. SPI tersebut juga adalah selaras dengan KPI Jabatan Pelajaran Johor iaitu memastikan semua guru dipantau dan memperolehi skor Pemastian Standard SKPM 2010 Standard 4 melebihi 80%.

Sehubungan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk merancang dan melaksanakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kepada semua guru di sekolah tuan. Pencerapan P dan P ini hendaklah menggunakan Instrumen SKPM 2010 Standard 4, Pembelajaran dan Pengajaran.

Data hendaklah dimasukkan dalam sistem ADaPs di One Stop Data Center JPNJ selepas sahaja pencerapan. Data ini akan dianalisis sebanyak 2 kali setahun iaitu,

1. Pada akhir bulan Mei tahun semasa.
2. Pada akhir bulan Oktober tahun semasa.

Mulai tahun 2012, data dipungut menggunakan Aplikasi ADaPs secara atas talian.

Jika ada sebarang kesulitan sila hubungi penyelaras ADaPs PPD Mersing ditalian 013-7231974.

Sekian terima kasih.

Lampiran : http://jpnjdata.net/ah/menu/

0 komen ::

Catat Ulasan