* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 22 Mei 2013

Taklimat Penyelarasan Program Seribu Bintang Kecemerlangan UPSR YPJ Negeri Johor 2013

Reaksi :  
PERHATIAN SEGERA : TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM SERIBU BINTANG KECEMERLANGAN UPSR YPJ 2013 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH SKM YANG TERPILIH
Tindakan       : Guru Besar Dan Guru Penyelaras Program UPSR Sekolah-sekolah Yang Berkenaan Sahaja
Tarikh : 22-05-2013
Unit : KURIKULUM
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : Tuan-tuan Guru Besar Sekolah-sekolah
SK Penyabung
SK Air Papan dan
SK Teriang


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan, hasil mesyuarat penyelarasan finale yang telah diadakan pada 21 Mei 2013 di SMK Sungai Tiram antara pihak JPN / PPD dan pihak YPJ, Program Seribu Bintang UPSR YPJ 2013 akan tetap dilaksanakan akan tetapi dengan pindaan tempat dan tarikh.

2. Program tersebut akan dilaksanakan secara 3 peringkat mengikut 3 kumpulan murid - Gamma, Beta dan Alpha bermula 26 Mei 2013 dan berakhir pada 1 Jun 2013 di SMA Maahad, Muar.

3. Sehubungan dengan itu, satu taklimat penyelarasan peringkat daerah Mersing akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh / Masa : Khamis, 23 Mei 2013 - 10.00 pg
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Penyabung, Endau

4. Mesyuarat penyelarasan tersebut akan memperincikan tentang senarai pelajar yang terlibat dalam pembahagian tiap-tiap sesi tersebut, senarai nama guru-guru pengiring yang akan menjaga murid-murid semasa dalam perjalanan dan semasa program berjalan, pengangkutan murid-murid ke destinasi dan perkara-perkara lain.

5. Dengan itu, kerjasama Guru Besar serta Guru Penyelaras Program sekolah-sekolah yang berkenaan di atas adalah dipohon untuk hadir ke taklimat yang tersebut di atas. Guru-guru pengiring murid juga digalakkan untuk hadir sama.

Sekian hebahan. Kerjasama tuan-tuan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

0 komen ::

Catat Ulasan