* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 23 Mei 2013

Ucapan Penghargaan : Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mersing Tahun 2013

Reaksi :  
Tarikh : 22 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Politeknik Mersing.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing , warga PPD Mersing dan AJK Induk dan Pengelola Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mersing Tahun 2013 merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Datuk Dr. Hj. Abdul Latiff Hj. Ahmad, Ahli Parlimen Mersing atas kesudiaan beliau hadir dan merasmikan majlis sambutan berkenaan.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Datuk, kerana sedia menyumbang wang tunai sebanyak RM3000.00 setiap seorang kepada Tokoh Guru Daerah Mersing Tahun 2013

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para jemputan yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, pesara-pesara guru, guru-guru Agama Kerajaan Negeri Johor, guru-guru KPM dan kakitangan sokongan pendidikan yang sudi hadir meraikan dan memeriahkan lagi majlis berkenaan. Juga ucapan terima kasih ditujukan kepada Pengarah Politeknik Mersing kerana sedia memberi laluan kepada pihak kami mengadakan majlis sambutan tersebut di Dewan Politeknik Mersing. Jumlah kehadiran yang mencecah 1000 orang pada kali ini membuktikan komitmen tinggi warga pendidikan Mersing kepada profesion keguruan.

Kami juga mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk dan Pengelola Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mersing Tahun 2013 dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang berprestij itu.

Sekalung TAHNIAH kepada penerima-penerima Anugerah Khas Mersing Hebat dan Tokoh Guru  Daerah Mersing Tahun 2013.
JASA GURU TETAP DI HATI... TERIMA KASIH CIKGU.














0 komen ::

Catat Ulasan