* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin memaklumkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah menunjukkan peningkatan sejak hari Sabtu (15hb. Jun 2013). Kesemua stesen pemantauan di Negeri Johor telah menunjukkan tahap yang tidak sihat (101-200). Jumlah kedatangan ke klinik pesakit luar disebabkan oleh Upper Respiratory Tract (URTI) telah meningkat sebanyak 21% berbanding dengan minggu sebelumnya. Setakat ini tiada perbezaaan ketara bagi kedatangan harian pesakit luar untuk penyakit Asthma dan conjunctivitis. Golongan yang terlibat adalah dalam lingkungan umur 13-59 tahun. Tren penyakit ini dijangka akan meningkat lagi jika paras jerebu kekal di tahap yang tidak sihat . Pendidikan kesihatan yang berterusan diberikan kepada orang ramai melalui risalah-risalah dan hebahan radio.

Untuk makluman, keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu adalah iritasi di bahagian hidung, kerongkong dan kadang-kadang di kulit. Ini akan mengakibatkan batuk-batuk, sesak nafas, hidung dan mata terasa pedih dan berair dan kulit badan terasa gatal-gatal.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Memandangkan terdapat peningkatan kepada tahap IPU, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
  • Golongan berisiko tinggi (kanak-kanak, orang tua dan yang berpenyakit) dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti sukan dan aktiviti-aktiviti yang lasak di luar rumah.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok jika tidak ia akan memudaratkan lagi kesihatan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Sekian dan terima kasih.

Dr. Mohd Khairi Bin Yakub
Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
20-06-2013

0 komen ::

Catat Ulasan