* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Ahad, 16 Jun 2013

Peringatan : Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Mersing

Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) di bawah inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 sedang mengumpul maklumat untuk membuat kajian dan analisis berkaitan perkara-perkara berikut :

1.  Data Guru Cemerlang dan Jurulatih Mata Pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah rendah dan menengah daerah.
2. Data Pengetua dan Guru Besar (Nama, Gred, Band Sekolah).
3. Data GPMP bagi Mata Pelajaran BM, BI dan Matematik UPSR, PMR & SPM setiap sekolah (2012).
4. Data sekolah rendah dan menengah mengikut BandTerkini (2012) dan Skor Komposit Terkini (2012).
5. Data kehadiran murid – peratus purata kehadiran murid setahun (2012) setiap sekolah.
6. Data disiplin murid – bilangan kes disiplin murid setahun (2012) setiapsekolah. Kategorikan mengikut kes ringan, sederhana dan berat.  

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat melengkapkan borang (template) yang dilampirkan bersama hebahan ini dengan kadar segera.

Borang yang telah lengkap, hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Pelajaran Daerah Mersing (u.p. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum) secara hardcopy atau diemailkan ke akademikmg@gmail.com.

Kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah mengambil tindakan tersebut. Masa terus berlalu, namum masih banyak pihak sekplah yang belum menghantar maklumat berkenaan untuk penggabungan seterusnya dibawa ke mesyuarat peringkat kebangsaan pada 25 Jun 2013 ini.

Kami merayu agar pihak sekolah yang belum mengambil tindakan berkenaan, agar dapat bertindak dengan kadar segera demi nama baik daerah Mersing dan sudah tentu nama sekolah Tuan/Puan sendiri.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : 
Template_untuk_sekolah.xlsx
butiran.docx

0 komen ::

Catat Ulasan