* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 4 Jun 2013

Tazkirah : YAHANANA Mersing - Wahai_Hei

Reaksi :  


Ya Hanana Ya Hanana
  • Alangkah beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW
  • Betapa bertuahnya kita menjadi warga pendidikan Mersing
Al-Hamdulillah, kami merakamkan jutaan syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan nikmatNya yang tidak terhitung banyak atau berat timbangannya.
Sesungguhnya budi bicara Allah SWT amat tinggi ... nikmatNya boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja tanpa membataskannya kepada golongan solihin sahaja, bahkan mereka yang berada dalam kemungkaran juga turut dapat mengecapi nikmat-nikmat tersebut dengan kuasa imbangan yang ada pada para solihin dan pengamal makruf dan nahi mungkar di seluruh pelusuk dunia. Moga kita sentiasa berada di atas landasan yang betul.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah, ciptaan kita di dunia ini bukan untuk sia-sia bahkan penuh dengan matlamat, visi dan misi yang tersirat untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Keberadaan kita di bumi Mersing ini juga bukan untuk saja-saja. Fungsi kita di medan pendidikan ini juga bukan satu perkara yang dianggap main-main atau sekadar mencari makan bahkan lebih daripada itu.
Pendidikan bukan untuk cari makan, kalau semata-mata nak cari makan, bukan di pendidikan tempatnya. Niat awal kita perlu dibetulkan untuk membina modal insan terpuji....

BUKAN NIAT SI KERDIL UNTUK MENGAJAR ATAU TUNJUK PANDAI.
USAHA INI ADALAH UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN FARDHU KIFAYAH DALAM SURAH AL-IKHLAS DAN HADIS YANG MENEGASKAN KEPERLUAN TAZKIRAH (INGAT MENGINGATI UNTUK KEBAIKAN) SESAMA RAKAN DAN TAULAN, LEBIH LEBIH LAGI KEPADA ORANG YANG DI BAWAH KAWALAN KITA.

Wahai Rakan, Wahai Sahabat :
1.      Wahai Rakan-Rakan, Wahai Sahabat-Sahabat, Wahai Tuan/Puan,..Dengarlah dan sahutlah, wahai sahabat demi merealisasikan hasrat bersama yang kita pegang dalam slogan MERSING HEBAT.
2.      Wahai orang yang mendengar, anda tidak semestinya selamanya mendengar… gunalah peluang ini sementara nikmat pendengaran masih milik anda.
3.      Wahai orang yang tak nak dengar, anda tidak selamanya tak boleh dengar. (mungkin kerana ego dengan pendapat sendiri atau penuh dengan dendam kesumat).
Justeru dengarlah apa yang orang lain perkatakan dan sebarkanlah (tabligh) kebaikannya.
4.      Wahai orang muda, anda tidak akan selamanya muda… gunalah peluang mudamu dengan sebaiknya sebelum datang waktu tuamu. Timbalah seberapa banyak ilmu dan kemahiran daripada orang-orang yang terdahulu daripadamu. Kongsikanlah..
5.      Wahai orang tua, anda tidak selamanya tua atau terus jadi nyanyuk… cetuskanlah idea dan tindakan moga menjadi panduan kepada yang muda.
6.      Wahai orang yang baru nak jadi tua, anda tidak selamanya akan kekal begitu…. carilah ilmu dan pengalaman.
7.      Wahai orang yang nak bersara, ketahuilah bahawa anda belum bersara. Taburkanlah jasa yang baik sebelum bersara. Jangan bawa kami semua semacam turut sama nak bersara. Contohilah Rasulullah SAW.
8.      Wahai rakan, contohilah yang baik, perbaiki yang jahat.
9.      Wahai orang yang berjawatan cemerlang, anda tidak boleh menjadi cemerlang dengan hanya tahu berkata-kata. Buktikan kemenjadiannya. Jangan buat orang melantik anda rasa serba salah dan kesal.
10.   Wahai orang yang cemerlang, bawalah kami sama-sama cemerlang… Jangan tinggalkan kami hanya dengan nama cemerlangmu.
11.   Wahai orang yang berpangkat dan berjawatan, anda sebenarnya memegang amanah yang besar yang bersifat Fardhu Ain, yang dulunya Fardhu Kifayah. Buktilah bahawa anda lebih baik.
12.   Wahai orang bermuka-muka, anda tidak selamanya akan punya muka. Maka tak perlulah berpura-pura... anda tidak akan ke mana-mana...Ingat Allah amat mengetahui segalanya.
13.   Wahai orang yang sihat, anda tidak selamanya sihat. Nikmatilah kesihatanmu dengan amalan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.
14.   Wahai orang yang sakit, anda tidak selamanya sakit. Tak perlulah buat-buat sakit kalau anda nak berpura-pura. Tak perlu anda mengambil peluang atas budi bicara ketuamu atau rakanmu.
15.   Wahai orang yang. rajin, anda tidak selamanya rajin,… bawalah kami bersama-sama menjadi rajin.
16.   Wahai orang yang. tidak rajin, lari-lari, suka tuang, anda tidak selamanya hidup , kembalilah ke pangkal jalan.
17.   Wahai rakan-rakan, jomlah kita berubah. Hormatilah tugas kita. Hormatilah orang lain.
18.   Wahai orang yang sombong @ baru fikir-fikir nak jadi sombong, anda bukan selamanya boleh angkuh. Rendahkanlah diri, tak luakpun.
19.   Wahai orang yang komited, bawalah kami untuk sama-sama komited.
20.   Wahai orang yang belum memberikan komitmen sepenuhnya, anda tidak selamanya akan selesa.
21.   Wahai rakan-rakan bersedialah untuk berbakti sepenuh hati.
22.   Wahai kawan-kawan bangkitlah, betulkan kesilapan yang telah kita buat secara sedar atau tidak sedar.
23.   Wahai rakan-rakan, bercakaplah benar. اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه
24.   Istikharahlah..kerana pilihan Allah SWT yang selamanya benar, kerana kita tidak selamanya betul.
25. Wahai orang bercakap ... (aik.. kena jugak).. Cakap memang senang, teori-teori aje boss... syok sendiri.. Ada aku kisah..Buang masa je cakap... Baiki dulu diri awak tu.. ADA PIHAK yang menyokong... bagus..ikut sunnah Nabi...kalau anda tak cakap, siapa lagi?
26. Wahai rakan yang cakap-cakap, bisik membisik.. Si Kerdil hanya menyampaikan amanah.. Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan