* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 27 Julai 2013

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI, LITERASI SAINS DAN MATEMATIK (PKLSM) NEGERI JOHOR TAHUN 2013

Reaksi :  
Assalamualaikum, Salam Ramadhan dan Selamat Sejahtera, 

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan pencapaian Malaysia dalam pentaksiran TIMSS 2014 dan PISA 2015 yang merupakan salah satu inisiatif penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 202 bagi meletakkan kualiti pendidikan Negara dalam kedudukan 1/3 teratas dunia menjelang 2025.

Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik akan dibuat kepada semua murid tingkatan 1 dan Pentaksiran Literasi Sains Dan Matematik kepada semua murid Tingkatan 2 di seluruh negara.

Pentaksiran ini penting sebagai salah satu kaedah pemantauan bagi JPN dan KPM dalam usaha meningkatkan aras kemahiran berfikir murid. Oleh yang demikian PKLSM akan dilaksanakan secara serentak seluruh Negara seperti ketetapan di bawah (perubahan masa yang baru)

Tarikh : 30 Julai 2013, Selasa
Masa : 

Sesi Pagi ;
10.30 pagi hingga 11.15 pagi untuk subjek TM (Tingkatan 1), PM (Tingkatan 2)
11.30 pagi hingga 12.15 tgh untuk subjek TS (Tingkatan 1), PS (Tingkatan 2)


Sesi Petang ;
1.30 petang hingga 2.15 petang untuk subjek TM (Tingkatan 1), PM (Tingkatan 2)
2.30 petang hingga 3.15 petang untuk subjek TS (Tingkatan 1), PS (Tingkatan 2)

Taklimat Perlaksanaan peringkat daerah telah dilaksanakan pada 24 Julai 2013, Rabu. 

Terimakasih kepada semua GKMP Sains dan Matematik dan S/U Peperiksaan Dalaman Sekolah yang telah hadir kecuali SMAAA Mersing. 
Untuk makluman pihak sekolah, taklimat berkaitan tapak data markah dan analisa akan diadakan pada 31 Julai 2013 (Rabu). Surat akan dihantar kemudian.

Diharap Pentaksiran tersebut dapat dijalankan dengan penuh integriti terutamanya melibatkan perlaksanaan dan data saringan. 

Untuk sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai kami En. Mohd. Amin A.Hamid, PPPD Sains Matematik.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan, Terima Kasih.

0 komen ::

Catat Ulasan