* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Isnin, 29 Julai 2013

Program Pembelajaran Komuniti (PLC) Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa daerah Mersing telah dipilih dalam peluasan pelaksanaan PLC pada tahun 2013. PLC adalah satu program di bawah NKRA Pendidikan Inisiatif Kualiti Guru (kelolaan Bahagian Pendidikan Guru).

Sekolah-sekolah yang terlibat :

1. SMK Anjung Batu (MP Matematik Ting. 5)
2. SMK Nitar (MP Bahasa Inggeris Ting. 5)


Kandungan Program (Amalan Penswastaan - De-Privatization of Practice).

1. Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study)
    Ø Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan  pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.
2. Learning Walks (Belajar Secara Berjalan)
    Ø Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah  dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik.
3. Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi (Peer Coaching/ Instructional Coaches)
    Ø Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran  pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle). 
4. Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions)
    Ø Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.

Reflective Dialogue : Video Critiques of Teaching Moments

Membuat analisa secara kritis (critical analysis) tentang sesuatu subjek, situasi, karya
sastera atau seni. Menggunakan  rakaman video sesuatu pengajaran  untuk membuat analisa
dan memberi pendapat dengan tujuan untuk meningkatkan  kefahaman atau membantu ahli
panitia dalam pembelajaran murid.

Prinsip Asas :
a. Memastikan pembelajaran murid.
b. Pembudayaan Kolaborasi
c. Fokus kepada pencapaian

Keberkesanan secara usaha kolektif staf dengan menumpukan kepada :
a.     Menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
b.     Membina hubungan yang berkualiti
c.     Mempunyai program yang sangat berfokus
d.     Menggerakkan sumber-sumber sedia ada
e.     Berkongsi  kepimpinan.

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan
bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan
untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.

1 komen ::

Saiful Bahri berkata...

minta izin copy

Catat Ulasan