* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 22 Ogos 2013

Info Terkini : Program Restu Permata Mersing (Empower UPSR) 2013 - SK

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami Jemputan ke Program Restu Permata (Empower UPSR) Tahun 2013 dan Penyertaan Program Restu Permata (Empower UPSR) Tahun 2013 adalah di rujuk dan berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing bersama-sama JKD Kecemerlangan UPSR, Pejabat Agama Daerah Mersing dan Empower ECER Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Tempat : Masjid Jamek Bandar Mersing
Sasaran : Calon-Calon UPSR 2013 yang terlibat dengan Program Menggilap Permata dan Halus Permata Mersing. (350 orang)



Murid - 350 orang
Guru_Jemputan- 150 orang

Tentatif :



7.30 - 8.15 pagi
8.15 – 9.30 pg.

9.30 - 10.00 pg.
10.00 - 12.00 tgh.

12.00 tgh. – 1.00 ptg.


1.15 ptg.


Pendaftaran peserta.
Solat Dhuha, Solat Hajat
Tazkirah Dhuha : As-Syeikh Kadi Daerah Mersing.
Kudapan
Ceramah Motivasi Bersama Khailil Razak, Kunu Mithlana Training and Consultancy.
Majlis Penutupan Rasmi
Ucapan Aluan PPD
Ucapan Pegawai Daerah Mersing
Restu Permata dan Munajat Kecemerlangan
Solat Fardhu Zohor
Makan tengahari
Bersurai



Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengambil tindakan berikut :

1. Guru Besar, GPK1 dan Guru-Guru yang terlibat adalah dijemput hadir.
2. Mengenalpasti calon-calon UPSR 2013 sekolah masing-masing mengikut kuota sekolah yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.
3. Menguruskan pengangkutan peserta pergi dan balik.
4. Melantik Guru Pengiring / Pegawai Berkereta di kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran UPSR.
5. Menyediakan senarai peserta dan guru pengiring/pegawai berkereta serta menyerahkannya kepada Urus Setia semasa pendaftaran dibuat.
6. Memastikan semua peserta memakai uniform sekolah (suci) dan bersongkok (lelaki) serta membawa telekong solat (perempuan).
7. Guru-guru yang hadir, digalakkan memakai Baju Melayu Kebangsaan.
8. Memastikan semua murid dan guru mengambil wuduk lebih awal bagi mengelakkan kesesakan sebelum majlis bermula.
9. Mengawal disiplin murid semasa majlis berjalan dan menetapi masa.
10. Peserta perempuan yang uzur, tidak dibenarkan memasuki ruang solat sebaliknya ditempatkan di ruang yang telah disediakan.
11. Memastikan Guru Pengiring / Pegawai Berkereta turut serta dalam majlis tersebut.
12. Memastikan murid-murid tidak makan dan minum di ruang solat (dalam masjid).

Harap mendapat kerjasama daripada pihak sekolah.
Terima kasih. Wassalam.

Lampiran : 

0 komen ::

Catat Ulasan