* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

TINDAKAN SE ALIM KATA

Man punishes the action , but Allah the intention

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 16 Ogos 2013

Peringatan : Kursus Orientasi DKSP Untuk JU KSSR dan PBS Tahun 4 - Lanjutan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Sukacitanya dingatkan bahawa Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) KPM telah melakukan penambahbaikan terhadap modul DSK dan DSP untuk kursus KSSR dan PBS Tahun 4. 

Modul DSKP, Dokumen Standard Kurikulum Dan Prestasi ini akan digunakan dalam semua kursus menggantikan dokumen yang sedia ada, begitu juga dengan perubahan pengisian slot-slot kursus yang akan berlangsung bermula September nanti.

Disebabkan perubahan tersebut, BPK dengan kerjasama JPN akan menjalankan Kursus Orientasi DSKP melibatkan semua Jurulatih Utama KSSR dan PBS di semua negeri mengikut Zon selama 2 hari 1 malam.

Semua Jurulatih Utama daerah mersing, 2 JU setiap subjek akan mengikuti kursus kumpulan Zon Selatan. 

Tarikh-tarikh yang telah dimaklumkan adalah seperti berikut: 

1. Mata pelajaran PJ,RBT dan Muzik : 19 Ogos hingga 20 Ogos 2013.
2. Mata pelajaran TMK,PK dan Sej : 21 Ogos hingga 22 Ogos 2013.
3. Mata pelajaran BM dan BI : 26 Ogos hingga 27 Ogos 2013.
4. Mata pelajaran BC dan BT : 28 Ogos hingga 29 Ogos 2013.
5. Mata pelajaran Mt,Sn dan PSV : 2 Sept hingga 3 Sept. 2013.
6. Mata pelajaran PI, BA dan PM : 4 Sept hingga 5 Sept. 2013.

Surat akan dihantar dan diuruskan oleh BPK.

Kepada semua JU daerah mersing, diharap dapat membuat persediaan yang sewajarnya. 

Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai kami, En. Mohd. Amin A.Hamid, PPPD Sains Matematik untuk maklumat lanjut.

0 komen ::

Catat Ulasan