* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 20 Ogos 2013

PERTANDINGAN KUIZ SEJARAH (SEKOLAH MENENGAH) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Johor dan Persatuan Sejarah Negeri Johor akan menganjurkan kuiz tersebut seperti berikut :

Tarikh : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran)
Tempat : SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat

Kuiz Sejarah ini terbuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 Sekolah Menengah dalam Negeri Johor.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama sekolah-sekolah berikut agar dapat mengenalpasti peserta dan menguruskan penyertaan kuiz berkenaan.

1. SMK Sri Mersing - Kategori Menengah Atas
2. SM Sains Sultan Iskandar Mersing - Kategori Menengah Rendah

Format Pertandingan :

Bahagian A ( Menengah Rendah -  3 orang peserta setiap daerah )

1. Kuiz bertulis dalam masa 1 jam.
2. Satu set soalan objektif mengandungi 60 soalan akan dikemukakan kepada  setiap peserta mewakili daerah. 
3. Jawapan dipersembahkan di atas kertas jawapan objektif dan diserah kepada juri setelah masa ujian bertulis tamat.
4. Soalan meliputi 30% Sejarah Johor dan 70% Sejarah Malaysia.

Bahagian B ( Menengah Atas - 3 orang peserta setiap daerah )

1. Soalan berbentuk lisan kepada setiap peserta.
2. Soalan yang sama akan ditujukan kepada peserta yang sama dari semua daerah, misalnya soalan pertama dimajukan kepada peserta pertama dari semua daerah dan seterusnya.
3. Soalan akan dibacakan sebanyak dua kali oleh jurukuiz. Loceng akan dibunyikan  sekali sebagai tanda masa mula menjawab dan dua kali bagi masa tamat.  Masa diberikan untuk menjawab adalah 20 saat.
4. Jawapan peserta akan dipaparkan kepada jurikuiz melalui flash card atau papan putih (White-board) atau yang sepadan dengannya. 
5. Markah akan diberikan terus kepada setiap individu oleh juri. 
6. Soalan meliputi 30% Sejarah Johor dan 70% Sejarah Malaysia.

Bahagian C ( Menengah atas - Pusingan Akhir )

1. Soalan terbuka diberikan kepada semua kumpulan.
2. Tiga soalan akan diberikan.
3. Perbincangan jawapan di dalam kumpulan adalah dibenarkan.
4. Soalan akan dibacakan sebanyak dua kali oleh jurukuiz. Loceng akan dibunyikan  sekali sebagai tanda masa mula menjawab dan dua kali bagi masa tamat.  Masa diberikan untuk menjawab adalah 60 saat.
5. Hanya seorang peserta  akan memajukan jawapan melalui flash card atau papan putih (White-board) atau yang sepadan dengannya. Markah yang diperolehi oleh kumpulan dicatat pada markah peserta yang menjawab.
6. Soalan meliputi 30% Sejarah Johor dan 70% Sejarah Malaysia.

Peraturan Pertandingan

1. Setiap pasukan mestilah mengandungi 3 orang peserta tetap.
2. Pasukan yang berjaya menjadi Johan Daerah akan bertanding di peringkat negeri.
3. Peserta pertandingan hendaklah melaporkan diri kepada Jurukuiz tidak lewat daripada 30 minit sebelum pertandingan dijalankan.
4. Pertandingan akan dijalankan dalam tiga bahagian seperti tercatat di dalam format pertandingan di para 5.
5. Skop soalan  meliputi tokoh-tokoh politik, pentadbiran tempatan, sosio ekonomi, seni budaya dan sejarah negara Malaysia.
6. Bentuk soalan adalah pelbagai bentuk sama ada soalan objektif, soalan jawapan pendek yang akan dipersembahkan melalui  suara, gambar slide, pita rakaman, video  dan lain-lain cara lagi yang ditentukan oleh Jawatankuasa Teknik. 
7. Markah penuh bagi jawapan yang betul ialah tiga (3), Jawapan yang kurang tepat akan diberi sama ada 2 atau 1 markah menurut keputusan Jurikuiz. 
8. Semua soalan diberikan di dalam Bahasa Melayu.
9. Isyarat-isyarat tertentu atau perbincangan semasa dalam pertandingan adalah dilarang kecuali di dalam bahagian C.  Jika perkara ini dilakukan pasukan yang dianggap melanggar undang-undang serta peraturan kuiz akan dibatalkan penyertaan mereka.
10. Markah-markah hendaklah dipaparkan di papan markah untuk tatapan umum. 
11. Lima pasukan yang mendapat markah tertinggi setelah pusingan ketiga peringkat awal tamat akan memasuki peringkat akhir. 
12. Pasukan yang mendapat markah tertinggi di peringkat akhir setelah ditambah dengan markah peringkat awal akan diisytiharkan sebagai pemenang. 
13. Jika terdapat persamaan markah, jurukuiz hendaklah memajukan soalan tambahan kepada individu / pasukan-pasukan terbabit bagi menentukan kedudukan pemenang. Soalan yang dikemukakan adalah dalam bentuk soalan bertulis dan perbincangan dibenarkan. Soalan tambahan akan diteruskan sehingga pemenang dapat ditentukan. Masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan tambahan ialah 60 saat. Markah akan ditentukan oleh juri. Peserta tidak dibenarkan membuat sebarang protes. 
14. Pihak pengelola dicadangkan melantik 1 orang Jurukuiz,3 orang jurikuiz, 2 orang penjaga masa, 2 orang pencatat dan lantikkan lain yang difikirkan perlu semasa pertandingan.
15. Jurukuiz hendaklah mendapat pengesahan daripada Jurikuiz sebelum mengumumkan markah yang diperolehi oleh peserta. 
16. Keputusan Jurikuiz adalah muktamad.

Urus Setia :

Pertandingan Kuiz Sejarah,
Unit Kurikulum,
Jabatan Pendidikan Johor.
(UP: En Yaakob b. Samingon)
Tel: 07 - 2310009  Hp 019-7733978

0 komen ::

Catat Ulasan