* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 16 Oktober 2013

PELAN TINDAKAN DAN INTERVENSI PENINGKATAN KEMAHIRAN MURID DALAM TIMSS DAN PISA.

Reaksi :  
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Dengan segala hormatnya, surat KP(BPK)800-1 Jld. 2(39) bertarikh 13 September 2013 adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, berdasarkan pencapaian murid dalam Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Sains dan Matematik (PKLSM) kali pertama yang telah dijalankan pada 30 Julai 2013 yang lalu pihak sekolah adalah diminta untuk membuat pelan tindakan khusus bagi meningkatkan keupayaan murid dalam menjawab soalan yang menekankan KBAT dalam Sains dan Matematik.

3. Keputusan PKLSM yang lepas perlu dijadikan rujukan asas untuk mengumpulkan kumpulan murid berkenaan dan sasaran yang lebih tinggi perlu ditetapkan untuk PKLSM kali ke-2 yang akan dijalankan pada bulan Mac 2014.

4. Sehubungan itu kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk mengambil tindakan seperti berikut:

4.1 Menggunakan Bahan Sumber Peningkatan KBAT yang boleh dimuat turun di 
pautan berikut:
a. Pautan KBAT Sains : http://bit.ly/kbatsainstimss2013
b. Pautan KBAT Matematik : http://bit.ly/kbatmatematikpisa2013
c. Pautan TIMSS dan PISA : http://bit.ly/bahankursushotssm

4.2 Melengkapkan (rujuk lampiran):
a. Jadual peningkatan skor purata murid dalam TIMSS 2014.
b. Jadual peningkatan skor purata murid dalam PISA 2015.
c. Pelan tindakan peningkatan kemahiran murid dalam TIMSS bagi murid 
tingkatan 1/2013.
d. Pelan tindakan peningkatan kemahiran murid dalam PISA bagi murid 
tingkatan 2/2013.

5. Untuk itu, pihak tuan adalah diminta untuk menghantar perkara 4.2 diatas kepada Penolong PPD Sains dan Matematik, PPD Mersing (boleh juga melalui emel : ppdsm.mersing@gmail.com) sebelum Rabu, 23 Oktober 2013.

Lampiran :
BORANG_PELAN_TINDAKAN_PENINGKATAN_DALAM_TIMSS_DAN_PISA_2013.xls

1 komen ::

kingkong berkata...

thanks ya infonya !!!

www.bisnistiket.co.id

Catat Ulasan