* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 17 Disember 2013

KEBENARAN KUTIPAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN UNTUK MURID TAHUN 2014

Reaksi :  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Merujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.7/2012 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah-sekolah hendaklah mendapatkan kelulusan bagi setiap kutipan bayaran berikut daripada Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru:

2.1Bayaran Tambahan Untuk Murid Bukan Warganegara.

(RM 24.50 untuk sekolah rendah dan RM 33.50 untuk sekolah menengah)

2.2Bayaran Majalah Sekolah.
2.3Bayaran Asrama.

3.Setiap permohonan (perlu disediakan secara berasingan dalam 3 salinan) berdasarkan format permohonan sedia ada dan telah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua, diakui oleh YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru berserta minit Mesyuarat Agung/ AJK PIBG 2013. Setiap permohonan perlu diserahkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah Mersing (UP: Pegawai Perhubungan Daerah) pada atau sebelum 04 Disember 2013 untuk dikemukakan kepada Penolong Pendaftar di Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi tujuan kelulusan.

Sekian, terima kasih

0 komen ::

Catat Ulasan