* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 1 Februari 2013

Sekitar Kunjung Hormat Bersama Yayasan Pelajaran MARA dan MRSM Mersing

Reaksi :  
Tarikh : 31 Januari 2013 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat MRSM Mersing

Al-Hamdulillah, satu perbincangan tiga penjuru antara Yayasan Pelajaran MARA, MRSM Mersing dan PPD Mersing telah diadakan seperti ketetapan di atas.. Perbincangan tersebut berjalan dengan lancar dan berkesan bagi membuat penyelarasan pelaksanaan Program Kelas Bimbingan YPM-MRSM dengan tema "Everyone Can Go For Tuition" .

Sesi perbincangan tersebut dihadiri oleh En.Mohd. Azhar bin Othman, Eksekutif Seksyen Dana Pendidikan Pembangunan Modal Insan, Yayasan Pelajaran MARA, dua orang Pegawai YPM, pihak MRSM Mersing dan PPD Mersing yang diwakili oleh Ust. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman dan En. Mat Yasin bin Daud.
Kelas Bimbingan berkongsepkan kuliah dan mentor-mentee akan dilaksanakan pada tahun ini dengan mensasarkan 100 orang calon-calon  SPM tahun 2013 (Bumiputera) - Miskin, Luar Bandar, Pencapaian Sederhana dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang berkaitan. Kelas tersebut akan menfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah SPM 2013.

Pelaksanaanya akan dibuat secara bersiri sebanyak 12 kali Sabtu, tidak termasuk 2 kali sesi motivasi dan peperiksaan percubaan. Insya Allah program tersebut akan bermula pada bulan Mac nanti. Dan pihak sekolah yang terlibat akan dimaklumkan secara rasmi nanti oleh pegawai kami.

Objektif :
  1. Memberi akses pendidikan kelas tambahan kepada pelajar miskin sekolah harian luar bandar sekitar MRSM.
  2. Peserta dapat menimba ilmu daripada Guru Pakar/Cemerlang MRSM.
  3. Perkongsian tips dan teknik belajar melalui konsep mentor-mentee (pelajar MRSM dan peserta kelas bimbingan)
  4. Meningkatkan kecemerlangan akademik dalam subjek-subjek yang ditawarkan.
  5. Mengekalkan momentum kecemerlangan.
  6. Menerbitkan rasa keyakinan, mengenal potensi diri serta memancarkan motivasi kepada peserta seterusnya mendetikkan transformasi dalam diri peserta untuk mengejar kejayaan dan impian.
Kriteria Pelajar :
  1. Calon-calon SPM 2013.
  2. Pelajar yang belum menerima apa-apa bentuk bantuan kelas bimbingan atau tuisyen dari mana-mana pihak.
  3. Latarbelakang pelajar adalah daripada keluarga yang miskin dan tidak berkemampuan.
  4. Pelajar-pelajar yang berprestasi sederhana dan HALUS dalam matapelajaran-matapelajaran berkenaan.
Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak YPM dan MRSM kerana sudi menaja dan memberi sumbangan dalam menjayakan program tersebut. #



Khamis, 31 Januari 2013

Jadual Kuliah Perdana Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing

Reaksi :  
Datanglah beramai-ramai bagi menghidupkan Syiar Ilmu

Rabu, 30 Januari 2013

Perutusan tahun baru

Reaksi :  
sila muat turun bahan berikut :
Perutusan Tahun Baru KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) Ambilan Kedua di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 29 Januari 2013 (Selasa).

Pautan Sistem Semakan seperti berikut:
http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semak_ambilan22013/

Sekian terima kasih.

Pencapaian keseluruhan calon STAM 2012 meningkat

Reaksi :  

PUTRAJAYA 30 Jan. - Pencapaian keseluruhan calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lalu meningkat sebanyak 0.08 mata, iaitu daripada indeks Gred Purata Nasional (GPN) 3.16 mata pada 2011 kepada 3.08 mata pada 2012.
Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak berkata, seramai 3,925 calon atau 67.4 peratus calon STAM tahun lalu memperoleh sijil sekurang-kurangnya peringkat Maqbul (Lulus).
Beliau berkata, bilangan itu menunjukan peningkatan seramai 505 calon atau 3.9 peratus berbanding 3,420 calon pada tahun sebelumnya.
"Calon yang mendapat peringkat Mumtaz (Cemerlang) bertambah seramai 59 calon atau 0.5 peratus, iaitu daripada 326 calon pada 2011 kepada 385 calon pada tahun lepas.
"Calon yang mendapat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) adalah sebanyak 1,263 calon, Jayyid (Baik) seramai 1,868 calon, manakala seramai 409 calon mendapat peringkat Maqbul," katanya dalam sidang akhbar pengumuman STAM di sini hari ini. - UTUSAN

Sekitar Taklimat dan Bengkel Peningkatan UPSR SJK Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah mengadakan taklimat berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30 Januari 2013 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : SJKC Ping Ming, Kluang.
Peserta : 115 buah SJKC dan 17 buah SJKT yang terpilih

Wakil Mersing :
1. SJKC Pai Chee
2. SJKC Chiao Ching

Lampiran :
Bahan Taklimat @ Bengkel