* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 14 Mac 2013

UJIAN SARINGAN PROGRAM SERIBU BINTANG UPSR 2013

Reaksi :  
UJIAN SARINGAN PROGRAM SERIBU BINTANG UPSR 2013
 
Tindakan      :Guru Besar / Guru Penyelaras Tuisyen Sekolah-sekolah SK Penyabung, SK Air Papan Dan SK Teriang.
Tarikh:14-03-2013
Unit:KURIKULUM
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat:Guru Besar / Guru Penyelaras Tuisyen sekolah-sekolah

SK PENYABUNG
SK AIR PAPAN dan
SK TERIANG

Assalamualaikum wbrkth.

Merujuk perkara di atas, sukacita di pohon agar sekolah-sekolah yang berkenaan dapat menghantar keputusan UJIAN SARINGAN tersebut selewat-lewatnya pada tengah hari, Jumaat, 15 Mac 2013 untuk dimajukan kepada pihak urusetia program di JPN Johor.

2. Keputusan tersebut penting untuk mengkategorikan murid-murid kepada mengikut pencapaian prestasi masing-masing.

3. Maklumat yang lebih terperinci tentang Program Seribu Bintang boleh dimuaturun melalui pautan muaturun di bawah dalam format *.pptx

Sekian. Segala kerjasama dan tindakan segera tuan-tuan didahului dengan terima kasih ynag tidak terhingga.

Lampiran 1:  PROGRAM_SERIBU_BINTANG.pptx
BENGKEL KERJA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN BAGI GURU-GURU PENGAJAR TUISYEN HIKMAH YPJ SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH TUISYEN HIKMAH YPJ DAERAH MERSING 2013
Tindakan       : Tuan GURU BESAR / Semua Guru Tenaga Pengajar Tuisyen Hikmah YPJ bagi Subjek-subjek B Malaysia, B Inggeris, Matematik Dan Sains
Tarikh : 14-03-2013
Unit : KURIKULUM
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : Semua Guru Tenaga Pengajar Tuisyen Hikmah YPJ
bagi subjek-subjek B Malaysia, B Inggeris, Matematik dan Sains

bagi Sekolah-sekolah

SK Bandar Mersing
SK Mersing Kanan
SK Sawah Dato
SK Seri Pantai
SK Tenglu dan
SK Teluk Lipat


Assalamulaikum wbrkth.

Sukacita dimaklumkan, satu Bengkel Kerja PdP Berkesan bagi semua guru-guru tenaga pengajar Tuisyen Hikmah UPSR bagi enam buah sekolah rendah daerah Mersing yang berkenaan akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh / Masa : Sabtu, 16 Mac 2013 / 8.00pg - 12.30 tgh
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Bandar Mersing / Bilik Wawasan PPD Lama


2. Bengkel Kerja ini akan dikendalikan oleh guru-guru JU kanan daerah bagi empat matapelajaran utama UPSR yang telah diberikan pendedahan akan teknik PdP berkesan tersebut diperingkat negeri baru-baru ini iaitu -

2.1 En. Azhar bin Shahruddin ( Bahasa Inggeris )
2.2 Puan Shimaton binti Shamsuri ( Bahasa Melayu)
2.3 En. Rosli bin Ahmad ( Matematik )
2.4 Puan Khatijah binti Awang ( Sains )


3. Semua guru tenaga pengajar Tuisyen Hikmah UPSR diwajibkan untuk mengaplikasikan teknik berkesan ini dalam kelas-kelas tuisyen Hikmah yang dijalankan.

4. Guru-guru peserta bengkel kerja ini diminta untuk membawa bersama-sama komputer riba, pen-drive serta bahan-bahan rujukan berkaitan untuk bengkel tersebut.

5. Minum pagi dan makan tengahari disediakan oleh penganjur. Tuntutan perjalanan adalah layak dituntut mengikut kelayakan pegawai berdasarkan Arahan Pekeliling yang berjalan sekarang.

6. Surat panggilan rasmi akan difaks kepada tuan-tuan seberapa segera.

Kehadiran dan komitmen tuan-tuan amat dihargai dan didahulukan dengan penghargaan dan terima kasih.




Rabu, 13 Mac 2013

Status Pelaporan Pelaksanaan MMI

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya diingatkan bahawa tarikh akhir 12 Mac 2013 bagi pengisian laporan tersebut telah berlalu. Namun ada beberapa sekolah yang belum mengambil tindakan sewajarnya seperti yang diarahkan.
Terima kasih atas kerjasama pihak sekolah yang telah mengambil tindakan berkenaan sebaiknya.
Wassalam.

Sekolah-sekolah yang belum melengkapkan Lampiran A :
  1. SK Labung
  2. SK Peta
  3. SKT05
  4. SK Pulau Sibu
  5. SK Pulau Pemanggil
  6. SK Pulau Aur
  7. SKAP
  8. SKT02
  9. SKBM
Sekolah-sekolah yang belum melengkapkan Lampiran D :
  1. SKBM
  2. SKT02
  3. SKAP
  4. SKTR
  5. SKBE
  6. SKTL
  7. SK Pulau Aur
  8. SK Pulau Pemanggil
  9. SK Pulau Sibu
  10. SKT05
  11. SK Peta
  12. SK Labong

Program Pengamalan Sakinah (Penyerahan Taklif) Perdana Peringkat DUN Endau 2013

Reaksi :  
Kepada :

Pengetua atau Guru Besar
SMKUH
SK Tanjung Resang
SK Penyabong
SK Teriang
SK Teluk Lipat
SK Bandar Endau
SK Pusat Air Tawar
SK Lembaga

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JPMM DUN Endau dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) akan menganjurkan program tersebut seperti berikut :

Tarikh : 17 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Zubedah, SMK Ungku Husin.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Tuan/Puan agar dapat menjemput calon-calon UPSR 2013 sekolah Tuan/Puan, Ibubapa mereka dan tiga orang guru setiap sekolah ke program  berkenaan.

Pihak sekolah juga diminta mengambil tindakaan SEGERA mengikut kehendak draf surat yang dilampirkan bersama-sama hebahan ini. Surat Rasmi akan difakskan ke sekolah. 
Wassalam.

Lampiran : Surat Sakinah.pdf
Selasa, 12 Mac 2013

Penangguhan Klinik UPSR Berita Harian (Didik) Anjuran Bersama PPD Mersing

Reaksi :  

 
Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan :

Klinik UPSR Berita Harian (Didik) Anjuran Bersama PPD Mersing

Peringatan - Klinik UPSR Berita Harian (Didik) Anjuran Bersama PPD Mersing

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut ditangguhkan kepada 15 dan 16 Jun 2013 atas permintaan Berita Harian Berhad.

Sekan. Wassalam.

Isnin, 11 Mac 2013

Maklumat Tambahan Daftar Masuk Aplikasi Pelaporan MMI 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya diingatkan bahawa setiap akaun sekolah atau PPD tidak boleh didaftar masuk (login) secara serentak oleh pengguna dalam satu-satu masa.
Bagi sekolah yang ada masalah ketika hendak mendaftar masuk ke aplikasi berkenaan, sila maklumkan kepada pihak admin, ATAU klik pada Terlupa kata laluan? dan masukkan kod sekolah, kemudian daftarkan kata laluan baru. Pihak kami akan hantarkan password baru kepada email sekolah yang telah didaftarkan sebelum ini.

Berikut adalah sekolah-sekolah yang telah dimaklumkan menghadapi masalah tersebut.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu menyemak email masing-masing sebagaimana tertera di bawah:

JEB4044 - SMKSM . email : smksm4044@yahoo.com.my
JBA4024 - SK Nitar 02. email : amalinaibrahim@yahoo.com
JBA4007 - SK Air Papan. Sila guna kod sekolah JBA4007.
JBA4026 - SKT03. Sila guna kod sekolah JBA4026.
JBA4011 - SKTR. email : sktanjungresang@yahoo.com
JBA4013 - SKT04.Sila guna kod sekolah.
JBA4009 - SK Lembaga.Sila guna kod sekolah JBA4009.
JBA4006 - SK Tenglu. email : sktenglu@gmail.com
JBC4001 - SJKCCC . Sila guna kos sekolah JBC4001
JEB4045 - SMKPC . Sila guna kod sekolah JEB4045
JEB4044 - SMKSM. Sila guna kod sekolah JEB4044
JBA4002 - SKN01. Sila guna kod sekolah JBA400
JEA4035 - SMK Mersing. Sila guna kod sekolah JEA4035
JBA4004 - SK Sri Pantai. Sila guna kod sekolah.
JBA4015 - SK Pusat Air Tawar. Sila guna kod sekolah.
JEA4037 - SMK Tan Sri Abdul Kadir. Sila guna kod sekolah.
JBA4008 - SK Teriang. Sila guna kod sekolah.
JRA4001 - SMSSI. Sila guna kod sekolah.

Lampiran :  Senarai penuh email sekolah Johor.pdf

Surat Arahan Laporan Pelaksanaan MMI Jan-Feb 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan kami sebelum  ini bertarikh 9 Mac 2013 (Sabtu) adalah dirujuk dan berkaitan.
Berikut disertakan surat berkenaan untuk tindakan pihak sekolah seterusnya.
Wassalam.

Lampiran : Surat Arahan Pelaporan MMI.pdf