* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

TINDAKAN SE ALIM KATA

Man punishes the action , but Allah the intention

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 26 April 2013

LINUS 2.0 BAHASA INGGERIS (LBI) SARINGAN 1 (BASELINE) TAHUN 2013

Reaksi :  
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Adalah dimaklumkan bahawa LINUS 2.0 Bahasa Inggeris (LBI) untuk murid Tahun Satu 2013 akan dilaksanakan di semua sekolah mengikut tarikh – tarikh berikut:

SARINGAN 1 (BASELINE) TARIKH

SARINGAN MEMBACA 13 Mei – 17 Mei 2013
SARINGAN MENULIS 20 Mei 2013 – 24 Mei 2013
MEMASUKKAN DATA SARINGAN 27 Mei – 7 Jun 2013


2. Berikut adalah manual yang perlu diambil tindakan segera oleh pihak sekolah:
a. Manual Am Pentadbiran Instrumen
b. Manual Pentadbiran Instrumen Membaca LINUS Bahasa Inggeris
Sila muat turun, baca dan faham manual – manual tersebut sebelum tuan mentadbir Saringan 1.

3. Manual Pentadbiran Instrumen Menulis, Instrumen Literasi Membaca dan Instrumen Literasi Menulis akan diserahkan ke sekolah sebelum tarikh Saringan 1 (Baseline).

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Saharazad Binti Mustaffar, Penolong PPD Bahasa Inggeris (R) di talian 07-7986715 atau FasiLINUS di talian 07-7986728.

Terima kasih.

Lampiran :
Manual_Am_Pentadbiran_Instrumen.pdf
Manual_Pentadbiran_Instrumen_Membaca.pdf

Adalah dimaklumkan semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 6hb Mei 2013 (Isnin).
Sila layari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.
Sekian, harap maklum.
Khamis, 25 April 2013

PROGRAM MENGGILAP PERMATA MERSING TAHUN 2013 – SIRI 1 (ZON BANDAR MERSING)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pejabat ini dengan kerjasama JKD Kecemerlangan UPSR akan menganjurkan program berkenaan secara bersiri seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 27 April 2013 (Sabtu) 
Masa : 8.00 pagi – 1.00 ptg. 
Tempat : SK Mersing Kanan dan SK Sri Mersing 
Sasaran : Calon-Calon Cemerlang UPSR 2013  

Ketetapan Lokasi :
1. SK Mersing Kanan :
  • SK Mersing Kanan
  • SK Sawah Dato'
  • SK Tenglu
  • SK Air Papan
2. SK Sri Mersing :
  • SK Sri Mersing
  • SK Sri Pantai
  • SK Kem Iskandar
  • SK Bandar Mersing
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengenalpasti murid-murid berkenaan untuk program tersebut. Pihak sekolah juga diminta mematuhi prosedur membawa murid keluar mengikuti aktiviti di luar kawasan sekolah yang berkuatkuasa sekarang.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kami Cik Saharazad binti Mustaffar atau En. Mohd. Azhar Shahrudin, GPK1 SK Sawah Dato' atau Pn. Azimah binti Md. Zin, GPK1 SK Sri Mersing.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat Panggilan.pdf
Surat Lantikan Fasi_GPengiring_Peg.Berkereta.pdf

Solat Jenazah Arwah Abd. Razak bin Pid dan anak-anak

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

AL-FATIHAH... إنا لله و إنا إليه راجعون

JENAZAH ARWAH ABD. RAZAK BIN PID DAN DUA ANAK PEREMPUAN BELIAU TELAH DIBAWA KE RUMAHNYA DI KG. SRI PANTAI AWAL PAGI TADI (12:15 MLM) SEBAIK SAHAJA SELESAI "POST MORTEM", MANDI DAN KAPAN.
SOLAT JENAZAH AKAN DIADAKAN PADA JAM 8.00 PAGI DI MASJID TAMAN SRI MERSING.
SEMUA DIJEMPUT HADIR ... 
Rabu, 24 April 2013

Buletin Sejarah Edisi 1 Tahun 2013 - Kementerian Pelajaran Malaysia

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut dilampirkan buletin berkenaan untuk tatapan dan bacaan rakan-rakan warga pendidikan Mersing.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : Buletin Sejarah Edisi 1 2013
Sukacita dimaklumkan bahan Latihan Dalam Perkhidmatan : Program Kesedaran Virtual Learning Environment, Pengintegrasian Data dan Inisiatif ICT Sekolah-Sekolah Negeri Johor yang telah diadakan pada 23 April 2013 di Dewan Seminar, Jabatan Pelajaran Johor boleh dimuat turun di bawah.

LAMPIRAN
 Inisiatif ICT Yang Memerlukan Kelulusan Teknikal - oleh En. Mohd Firdaus bin Mad Shah (Lain-Lain)
 Pegintegrasian Data KPM - oleh En. Khairul Nizam bin Abu Hassan (Lain-Lain)
 Surat Jemputan LDP VLE Sesi 1 (Surat)
 Surat Jemputan LDP VLE Sesi 2 (Surat)

Assalamu a'laikum dan Salam Mahabbah.

Tuan/puan yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2013/2014.
Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2013 (Selasa).

Maklumat lanjut mengenai kursus ini boleh dimuat turun daripada laman web berikut:
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) www.usim.edu.my
ii. Universiti Malaysia Sabah (UMS) : www.ums.edu.my
Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih

Sumber : Portal JPNJ

THE STAR BERTARIKH 6 FEBRUARI 2013 - PBS BANDING SYSTEM IS IMPRACTICAL

Reaksi :  


The Ministry of Education (MoE) would like to refer to the letter titled “PBS banding system is impractical” by Liong Kam Chong, Seremban in The Star newspaper dated 6 February 2013.
When we speak about assessment, what often comes into our minds is how we could help learners achieve the objectives and intended goals of an education system from the methods of instruction applied in the classroom (Belk & Calais, 1993) and the gathering of information of learners’ progress. However, learners’ progress is often determined by how well they performed in school tests or standardised examinations. Consequently, rote learning is much desired than the acquisition of appropriate skills for life-long learning (Quellmalz, 1991). 
Therefore, the Ministry would like to clarify a few details on Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) which many may have misunderstood or misinterpreted. Firstly, PBS is not a curriculum that has to be taught in schools. PBS has been introduced as part of the National Education Transformation Programme to produce world-class human capital. PBS is a holistic form of assessment which not only assesses learners’ intellectual ability but also their emotional, spiritual and physical abilities. PBS basically assesses learners in three main domains; cognitive, affective and psychomotor. Furthermore, PBS provides a more comprehensive gathering of information of learners’ profile, achievements, development and involvement in learning activities in and outside the classrooms. 
The main focus of PBS is on assessment for learning in developing learners’ potential comprehensively and holistically. The implementation of PBS paves the way to a meaningful assessment. Besides being holistic, integrated, low stake and comprising measures of quality assurance, PBS is characterised by its authenticity and robustness. It is hoped that this form of assessment will produce learners who are critical, creative, innovative, competent, competitive and progressive whom will later be developed to be high quality human capital,  as much desired by the nation. PBS allows teachers’ ability to assess learners’ achievements to be acknowledged and recognised as they are empowered to carry out formative and summative assessments in school.
Teachers are encouraged to develop various forms of assessment tasks that are learner-centred, authentic, contextualised and could enhance learners’ higher order thinking skills and the 21st century skills such as creative, innovative, problem solving and decision making apart from to instill moral values.  Standard-referenced assessment is the basis of School Assessment to ensure that learners’ performances are comparable to accepted world standards in various areas of knowledge, skills and competence. Pupils are assessed fairly and justifiably based on an individual’s capability, ability, talent, skills and potential without comparing the individual with others. The Examinations Syndicate developed the performance standards based on the standard-based curriculum and can be used as the guiding factor that helps teachers, learners and parents monitor learners’ progress in learning.
Central Assessment is another academic component in PBS which is conducted and administered by teachers in schools using instruments, scoring rubrics, guidelines, time line and procedures prepared by the Examinations Syndicate. Authentic assessment with various instruments and tasks are designed for Central Assessment to gather sufficient and more accurate information about learners’ ability and performance. The process of administering this assessment will be monitored by the Examinations Syndicate and the PBS committee at school, district and state levels to ascertain that the scores awarded by teachers comply with the rules, guidelines and procedures. The Examinations Syndicate will carry out moderation on the scores provided by the teachers. 
The ministry suggests that teachers should not key-in the scores in the system at the eleventh hour. The data may be recorded at any time and may be done immediately after the students’ exhibit mastery of the intended skills according to the descriptors in the Performance Standards (DSP) based on the teaching and learning process (PdP) in the classroom. 
Teachers’ integrity should not be doubted. Quality assurance and credibility are ensured through mentoring, coordination, monitoring and tracking. Quality assurance is carried out accordingly to the guidelines provided to ensure PBS is of the highest quality. 
CORPORATE COMMUNICATIONS UNIT
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA

BERITA HARIAN BERTARIKH 5 MAC 2013 – SYOR MANTAPKAN SISTEM PBS

Reaksi :  


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Nurul Nabisah Mohamad, Guru Matematik” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 5 Mac 2013 – Syor mantapkan sistem PBS.
Pihak KPM ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan dan juga mengambil maklum cadangan penambahbaikan PBS yang dikemukakan. 
Untuk makluman, KPM telah melaksanakan beberapa penambahbaikan PBS dan sedang melaksanakan penambahbaikan PBS secara berterusan. Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah kajian semula dan pengurangan bilangan evidens bagi beberapa mata pelajaran tertentu, dan penambahbaikan terhadap paparan, kapasiti, kepenggunaan yang lebih mesra pengguna dan kebolehcapaian Sistem Pengurusan PBS (SPPBS). 
Pihak KPM ingin menarik perhatian kepada beberapa perkara dalam pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) seperti yang dicadangkan dalam Panduan Pengurusan PBS mulai muka surat 52. PS merupakan satu daripada empat komponen PBS yang diperkenalkan. PS yang menggunakan pentaksiran rujukan standard melaporkan prestasi murid tanpa membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). PS dilaksanakan dengan pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir secara pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir sesuatu unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. Justeru, tugasan, projek, kuiz, amali dan ujian bertulis (paper and pencil) boleh dilaksanakan dalam PS agar pembelajaran berterusan dan lebih bermakna dapat dipertingkatkan.
Pihak KPM juga ingin berkongsi maklumat tentang mekanisme penjaminan kualiti yang telah disediakan seperti dalam Panduan Pengurusan PBS mulai muka surat 24 sebagai rujukan. Jawatankuasa PBS di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon. 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BERITA HARIAN BERTARIKH 22 FEBRUARI 2013 – PBS PUNCA ANAK PASIF BELAJAR

Reaksi :  


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Ibu Runsing, Kuala Lumpur” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 22 Februari 2013 – PBS punca anak pasif belajar.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah merupakan pentaksiran yang bersifat holistik yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan. PBS terdiri daripada dua komponen akademik iaitu Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) dan dua komponen bukan akademik iaitu Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). 
Bagi murid tingkatan 1, hanya PS sahaja yang baru dilaksanakan bagi komponen akademik, manakala PPsi dan PAJSK bagi komponen bukan akademik. PS dilaksanakan dengan memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran secara formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P atau pentaksiran secara sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. 
PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran(assessment of learning). Melalui PS, Pentaksiran Rujukan Standard digunakan untuk melaporkan prestasi atau tahappenguasaan murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard dalam Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi setiap mata pelajaran.  DSP ini terdiri daripada pernyataan standard, deskriptor dan evidens. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. 
PS boleh dilaksanakan di dalam atau luar bilik darjah dan sama ada  secara formal atau tidak formal. Justeru, guru perlu meneliti dan memahami apa yang tertulis dalam DSP agar dapat menyediakan instrumen pentaksiran yang sesuai dan dapat mengukur kemahiran murid.
Contoh yang diberi B3D1E2 – menentukan arah berdasarkan lapan mata angin dengan menggunakan kompas atau B4B3E1 -  menghuraikan kepentingan ciri bentuk muka bumi Malaysia, walaupun ia berbentuk fakta, guru boleh menghasilkan instrumen pentaksiran mengikut kreativiti guru. Guru juga perlu mempelbagaikan instrumen mengikut kesesuaian dan prestasi murid. 
Sebagai contoh jika seorang guru Geografi hendak memastikan sejauh mana muridnya boleh  ‘menghurai kepentingan ciri bentuk muka bumi’, guru boleh mengujinya melalui aktiviti lisan. Guru juga boleh membuat aktiviti di hadapan kelas menggunakan kompas bagi menentukan arah lapan mata angin. Guru masih boleh menggunakan paper and pencil test, dengan meminta murid menulis langkah  satu persatu mengikut tertib bagi menentukan arah mata angin. Begitu juga untuk mata pelajaran Pendidikan Islam, contohnya ‘boleh mengambil wuduk dengan betul’ guru boleh membawa murid ke paip air, kemudian minta murid mengambil wuduk mengikut cara yang betul. Semasa murid melakukan amali mengambil wuduk tersebut, guru memerhati dan menilai sama ada murid tersebut benar-benar boleh mengambil wuduk dengan betul. Jika semasa menilai itu, guru melihat ada yang tidak betul, guru boleh membimbing murid melaksanakannya dengan betul.
Dalam hal ini, PS berperanan sebagai satu proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi. Oleh itu, P&P dan pentaksiran dilaksanakan sehinggalah murid dapat menguasai apa yang perlu dikuasai. Bagi murid yang cemerlang dan boleh menguasai sesuatu kemahiran dengan satu bentuk instrumen bolehlah meneruskan pembelajaran dan pentaksiran bagi topik yang seterusnya. Penglibatan aktif murid yang cemerlang sangat digalakkan untuk membantu rakan sebaya yang kurang cemerlang dalam memahami sesuatu topik sehingga mereka dapat menguasainya. Semangat untuk merasai kejayaan bersama-sama dapat dipupuk dalam kalangan murid menerusi PS. Selain daripada itu, murid perlu bersaing aktif dengan kebolehan diri sendiri mengikut standard prestasi yang telah ditetapkan untuk mempertingkatkan prestasi dalam sesuatu mata pelajaran.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi meja bantuan sama ada melalui e-mel atau panggilan telefon sepertimana maklumat yang tertera dalam portal www.moe.gov.my/lp. 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BERITA HARIAN BERTARIKH 28 JANUARI 2013 – SMS BERKAITAN PENGGUNAAN DISKET

Reaksi :  

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “SNBS:BHA23410” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 28 Januari 2013.
KPM merujuk kepada SMS – Mohon Jabatan Pelajaran Johor usah guna lagi disket, beralih kepada CD, VCD atau DVD untuk sebarang urusan pendaftaran dan analisis peperiksaan awam. 
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM telah memberi taklimat pada 9 Januari 2013 untuk memaklumkan sistem masih memerlukan disket bagi peperiksaan PMR. Peperiksaan PMR bagi tahun terakhir iaitu tahun 2012 masih menggunakan offline. Jika tiada disket, Setiausaha peperiksaan sekolah boleh menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah untuk bantuan pengunaan CD atau pen drive. 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Bapa Prihatin, Kuantan” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 12 Mac 2013 – Pegawai emosi sesi penerangan sistem gagal. 
Pihak KPM ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan dan juga mengambil maklum cadangan yang dikemukakan mengenai pegawai yang memberi sesi penerangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 
Semua guru yang melaksanakan PBS adalah guru yang terlatih dan telah didedahkan kepada kaedah-kaedah membuat pentaksiran semasa menjalani kursus asas perguruan sama ada peringkat sijil atau diploma. Guru-guru ini juga telah mengikuti penataran Dokumen Standard Prestasi (DSP) sebelum mereka melaksanakan PBS di sekolah. 
Pengoperasian PBS di sekolah juga tertakluk kepada penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaannya mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Penjaminan kualiti ini adalah untuk memastikan pentaksiran yang dijalankan oleh guru menepati pencapaian dan penguasaan murid, ia menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor, serta kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon. Kaedah penjaminan kualiti yang ditetapkan oleh LP ialah pemantauan, pementoran, penyelarasan dan pengesanan. Semua sekolah melaksanakan penjaminan kualiti ini dan menjadualkan aktiviti yang berkaitan dalam Takwim Sekolah. Pengetua/GuruBesar dan Jawatankuasa (JK) PBS sekolah bertanggungjawab memastikan pelaksanaan aktiviti penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dan menghantar laporan kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan LP. Mekanisme penjaminan kualiti boleh dirujuk dalam Buku Panduan Pengurusan PBS mulai muka surat 24. 
Ibu bapa boleh mendapat laporan prestasi anak-anak melalui guru
di sekolah pada bila-bila masa yang diperlukan. Laporan boleh dijana melalui SPPBS dalam bentuk deskriptif dan dapat memberi maklumat tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Guru memberi pelaporan berdasarkan evidens yang ditunjukkan oleh murid. Malahan ibu bapa boleh meminta guru menunjukkan evidens tersebut sama ada yang boleh difailkan atau secara autentik diperolehi terus daripada murid. Standard yang perlu dikuasai oleh murid terdapat dalam DSP yang boleh dimuat turun dari laman web LP. Ibu bapa juga boleh memainkan peranan dalam menentu sahkan pelaporan yang diberikan kepada guru kepada anak mereka dengan merujuk penguasaan anak mereka dengan DSP.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS ”012-4909XXXX” dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Februari 2013.
Untuk makluman, kursus ELT ini akan dijalankan secara berterusan. Semua guru Bahasa Inggeris akan terlibat dan ianya dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Isnin, 22 April 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Galeri Sejarah Peringkat Negeri Johor 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan majlis berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 April 2013 (Selasa)
Masa Pendaftaran : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Seminar, Aras 6, Jabatan Pelajaran Johor.

Sekolah-sekolah yang terlibat :

  1. Pengetua SMK Ungku Husin
  2. Pengetua SMK Sri Mersing
  3. Guru Besar SK Sri Pantai
  4. Guru Besar SK Bandar Mersing
Wassalam.
Lampiran :  Surat Panggilan.pdf

Bengkel Kerja Pembinaa Item Bagi MP Sejarah Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama JKD MP Sejarah (Menengah) akan menganjurkan bengkel tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, Blok B, PPD Mersing
Sasaran : Guru Cemerlang Sejarah, seorang guru mp Sejarah PMR dan seorang guru mp Sejarah SPM.
Pakaian : Pakaian Rasmi


Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar membenarkan guru-guru yang terlibat hadir dan turut serta dalam bengkel tersebut.
Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan Bengkel.pdf

Mesyuarat JKD MP Sejarah (Menengah) Bil. 1 Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama JKD MP Sejarah (Menengah) akan menganjurkan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 April 2013 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Sri Mersing
Sasaran : Pengerusi Panitia Sejarah Sekolah, Guru Cemerlang Sejarah, seorang guru mp Sejarah PMR dan seorang guru mp Sejarah SPM.

Pengerusi : Pengetua SMK Sri Mersing

Pakaian : Pakaian Rasmi

Agenda : 
  1. Perutusan Pengerusi.
  2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lepas.
  3. Perkara-perkara berbangkit.
  4. Laporan aktiviti 2012.
  5. Post Mortem PMR dan SPM 2012.
  6. Perancangan aktiviti 2013.
  7. Hal-Hal Lain.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :  Surat Panggilan Mesy.pdf

Sekitar Taklimat Program Outreach Public Engagement PIBG PBS Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah

Al-Hamdulillah, program tersebut telah dapat dilaksanakan dengan jaya pada 9 Mac 2013 (Sabtu) jam 2.00 - 4.30 petang di Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Program tersebut disasarkan kepada AJK PIBG sekolah-sekolah daerah Mersing.
Program tersebut turut dihadiri oleh En. Md. Buang bin Saibani, Ketua Sektor, SPP JPN Johor dan pegawai-pegawai SPP serta Majlis Peperiksaan Malaysia (LPM) Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tahniah kepada Unit Penilaian Peperiksaan, PPD Mersing dan Sektor Penilaian Peperiksaan, JPN Johor atas inisiatif yang berimpak tinggi tersebut.








Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah
Mohon perhatian kepada sekolah-sekolah yang telah dipilih sebelum ini agar dapat mengambil tindakan segera.


Bersama - sama ini disertakan Borang Pencalonan yang berkenaan. Diharap pihak sekolah dapat bertindak dengan kadar SEGERA.
 

Kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Lampiran : BORANG_PENCALONAN_PENERIMA_ANUGERAH.docx