* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 17 Mei 2013

16 Mei 2013 - Sekitar Sambutan Hari Guru 2013 di PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Warga PPD Mersing telah berjaya mengadakan majlis sambutan berkenaan seperti berikut :

Tarikh : 16 Mei 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Sasaran : Warga PPD Mersing
Turut Hadir : YB. Ravi Kumar, ADUN Tenggaroh.

Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB. Ravi Kumar, ADUN Tenggaroh yang telah sudi hadir secara mengejut dan menyampaikan Kek Hari Guru dalam majlis berkenaan.
Ucapan Terima kasih ... Terima kasih... Terima kasih turut dirakamkan kepada rakan-rakan Kakitangan Tangan dan Pegawai Pelaksana yang telah mengelola majlis tersebut dengan cemerlang dan menyeronokkan. Budi kalian tetap dalam ingatan kami.

Kepada rakan-rakan DG, kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013.
JASA GURU TETAP DI HATI.























Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, majlis tersebut telah selamat diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Mei 2013 (Khamis)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Masjid Jamek Taman Sri Mersing

Sasaran : Warga Pendidikan Mersing 

Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing dan Urusetia Hari Guru yang telah berjaya merancang dan mengelola majlis tersebut.











Khamis, 16 Mei 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS YASIN DAN TAHLIL SEMPENA HARI GURU PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tuan/ puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 16 Mei 2013 (Khamis)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Masjid Jamek Taman Sri Mersing

Sehubungan itu, tuan/ puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan/ puan akan menambah rahmat dan keberkatan sambutan Hari Guru Tahun 2013.

Sekian, terima kasih.

UCAPAN DAN AMANAT HARI GURU OLEH PENGARAH PELAJARAN JOHOR DI RADIO JOHOR FM

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan ucapan dan amanat Hari Guru oleh Pengarah Pelajaran Johor akan disiarkan di radio Johor FM (frekuensi 101.9 FM) pada 16 Mei 2013 (Khamis), jam 8.30 pagi. Semua Pengetua / Guru Besar diminta memperdengarkan ucapan ini kepada warga pendidik di sekolah masing-masing.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Jabatan Pelajaran Johor telah berjaya mengadakan mesyuarat tersebut di SMK Ledang melibat Panel Perunding MP Sejarah, JKD Sejarah Daerah-Daerah Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah.
TAHNIAH.









Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan kerjasama KEPTAN (Mersing, Johor dan Pusat) serta CUEPACS majlis tersebut telah dapat disempurnakan dengan jayanya seperti berikut :

Tarikh : 14 Mei 2013 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Semua Pengetua, Guru Besar , Pengerusi Bilik Guru dan Ahli KEPTAN

Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang jitu dalam menjayakan majlis tersebut.
Terima kasih kepada MGB, MPSM dan KEPTAN.