* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 14 Jun 2013

Bengkel Pemurnian Bahan Matematik Untuk Seminar Kecemerlangan UPSR Tahun 2013 Bagi SK

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 17 Jun 2013 (Isnin)
Masa : 2.45 petang
Tempat : Bilik PPPD Kurikulum

Guru-guru yang terlibat :

1. Mohamad Husin Hamid (SKBE)
2. Rosli Ahmad (SKN01)

Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat Panggilan.pdf

Lawatan Penanda Aras JPN Kedah ke daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Kedah akan mengadakan Lawatan Penanda Aras ke daerah Mersing seperti butiran di bawah :

Tarikh : 17 Jun 2013 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang

8.30 pagi - PPD Mersing
Satu sesi Taklimat Transformasi PPD akan disampaikan oleh JPN Kedah.

11.00 pagi - SMK Sri Mersing, SK Sawah Dato dan SK Bandar Mersing.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Guru Besar-Guru Besar berikut agar dapat hadir dan ikut serta dalam program tersebut.

1. SMK Anjung Batu
2. SM Sains Sultan Iskandar Mersing
3. SMK Pai Chee
4. SMK Sri Mersing
5. SMK Tan Sri Abdul Kadir
6. SK Sawah Dato
7. SK Bandar Mersing
8. SK Sri Mersing
9. SK Kem Iskandar Mersing
10. SK Sri Pantai
11. SK Mersing Kanan
12. SK Tenglu
13. SK Air Papan
14. SJKC Pai Chee
15. SJK Tamil

Lampiran :
Surat Panggilan.pdf

Kursus Induksi JU KSSR_PBS Tahun 4 - MP Pendidikan Muzik dan Seni Visual

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 - 21 Jun 2013 (Selasa - Khamis)
Masa :
Pendaftaran - 2.00 - 2.30 petang (18 Jun 2013)
Kursus akan bermula seawal 2.30 petang.
Tempat : Hotel New York, Jalan Dato Anbdullah Tahir, Johor Bahru.

Guru-guru yang terlibat :
1. Pendidikan Muzik :
a) Dalina binti Awang (SK Teriang)
b) Rosmiza Abd. Rahman (SK Bandar Mersing)

2. Seni Visual :
a) Ruhailah Mohd. Safian (SK Bandar Endau)
b) Abd. Rahman Mohamad (SK Pulau Sibu)

Sekian. Wassalam.

Lampiran :
PMuzik_DSV.pdf
Khamis, 13 Jun 2013

PENANGGUHAN PROGRAM KELAS BIMBINGAN YPM-MRSM (SPM) Tahun 2013 PADA 16 JUN 2013

Reaksi :  
Kepada,

PENGETUA
SMK SRI MERSING
SMK MERSING
SMK NITAR
SMK ANJUNG BATU
SM ARAB AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH MERSING

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk...
Adalah dimaklumkan bahawa kelas tersebut yang dijadualkan sebelum ini pada 16 Jun 2013 (Ahad) terpaksa ditangguhkan kerana kekangan tertentu yang tidak boleh dielakkan.

Perjalanan  kelas selepas ini adalah mengikut jadual yang telah ditentukan sebelum ini.
Wassalam.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi sesi Jun 2013 ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak dengan persetujuan pihak pengurusan tertinggi KPM.
Sila klik di sini untuk muat turun surat siaran daripada KPM.

Lampiran :

Program Menggilap Permata Mersing (PMP5) diteruskan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan dan pemakluman kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Al-Hamdulillah, kami mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada guru-guru dan anak-anak Permata Mersing selepas menikmati cuti persekolahan selama dua minggu.

Kami juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan anak-anak yang telah sanggup mengorbankan sebahagian masa cuti berkenaan untuk menggerak dan menghadiri beberapa aktiviti yang dijalankan samada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Tahniah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program Menggilap Permata Mersing Tahun 2013 akan diteruskan sepertimana yang telah dijadualkan sebelum ini

Waktu terdekat ialah pada 15 Jun 2013 (Sabtu) ini.. 

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati sekiranya pihak sekolah dapat mengambil perhatian tentang perkara tersebut. 
Sehubungan dengan itu juga, kami meminta kerjasama semua Pengerusi Zon mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan program berkenaan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Lampiran : Program Menggilap Permata 5