* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
TANGGUH...TANGGUH...TANGGUH... (INFO 24 JUN 2013)


Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing telah mengadakan kursus tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 - 29 Jun 2013 (Rabu - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Guru-Guru KSSR Tahun 4 (MP Pendidikan Kesihatan)


Sehubungan dengan itu, guru-guru berikut adalah dilantik sebagai JURULATIH UTAMA atau URUS SETIA kursus berkenaan.

1. Urusetia - Guru Besar SK LKTP Nitar 01 (SILA LANTIK SEORANG GURU SEBAGAI URUS SETIA KURSUS).

2. Jurulatih Utama :

a) Mohd. Fairuz Ngatman (SK LKTP Tenggaroh 01)
b) Norhanizah Othman (SK Mersing Kanan)
c)Rizana Mat Jelis (SK Sri Mersing)

Wassalam.

Lampiran : 
Lantikan_JU_PK.pdf
JU_PK.pdf

TANGGUH : Kursus Penyebaran KSSR dan PBS - MP Pendidikan Kesihatan Tahun 4

Reaksi :  
TANGGUH...TANGGUH...TANGGUH... (INFO 24 JUN 2013)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing telah mengadakan kursus tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 - 29 Jun 2013 (Rabu - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Guru-Guru KSSR Tahun 4 (MP Pendidikan Kesihatan)

Sehubungan dengan itu, Guru Besar sekolah diminta agar dapat mengarahkan seorang guru sekolah tuan yang akan mengajar mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 4 pada tahun 2014 untuk menghadiri kursus berkenaan . 
Kehadiran adalah WAJIB.

SILA BAWA :

1. Komputer Riba
2. Wayar Penyambung
3. Thumb Drive
4. Dokumen Standard Tahun 4 (sila muat turun lampiran)
5. Dokumen Standard Prestasi Tahun 4 (sila muat turun lampiran)
6. Lain-lain bahan sokongan.

PESERTA KURSUS PERLU MENCETAK SENDIRI DOKUMEN STANDARD DAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI.

Harap maklum. Sekian terima kasih. Wassalam.

Lampiran :
Surat Panggilan Peserta_PK.pdf
Surat Lantikan JU_PK.pdf
JU_PK.pdf
DSK_Pendidikan_Kesihatan_Thn_4.pdf
Modul_P_P_Pendidikan_Kesihatan_Thn_4.pdf
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin memaklumkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah menunjukkan peningkatan sejak hari Sabtu (15hb. Jun 2013). Kesemua stesen pemantauan di Negeri Johor telah menunjukkan tahap yang tidak sihat (101-200). Jumlah kedatangan ke klinik pesakit luar disebabkan oleh Upper Respiratory Tract (URTI) telah meningkat sebanyak 21% berbanding dengan minggu sebelumnya. Setakat ini tiada perbezaaan ketara bagi kedatangan harian pesakit luar untuk penyakit Asthma dan conjunctivitis. Golongan yang terlibat adalah dalam lingkungan umur 13-59 tahun. Tren penyakit ini dijangka akan meningkat lagi jika paras jerebu kekal di tahap yang tidak sihat . Pendidikan kesihatan yang berterusan diberikan kepada orang ramai melalui risalah-risalah dan hebahan radio.

Untuk makluman, keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu adalah iritasi di bahagian hidung, kerongkong dan kadang-kadang di kulit. Ini akan mengakibatkan batuk-batuk, sesak nafas, hidung dan mata terasa pedih dan berair dan kulit badan terasa gatal-gatal.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Memandangkan terdapat peningkatan kepada tahap IPU, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
  • Golongan berisiko tinggi (kanak-kanak, orang tua dan yang berpenyakit) dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti sukan dan aktiviti-aktiviti yang lasak di luar rumah.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok jika tidak ia akan memudaratkan lagi kesihatan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Sekian dan terima kasih.

Dr. Mohd Khairi Bin Yakub
Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
20-06-2013
Jumaat, 21 Jun 2013

PELAKSANAAN MODUL KEHADIRAN GURU MENERUSI SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN (EMIS)

Reaksi :  

SEKOLAH DITUTUP SEHINGGA JAM 12.00 TENGAHARI DI JOHOR AKIBAT JEREBU

Reaksi :  
Sekolah ditutup sehingga jam 12.00 tengahari di Johor akibat jerebu:
(1) Daerah muar 40 SM(33,331 murid) 171 SR(39580 murid).
(2) Daerah Batu Pahat 31SM(37167 murid) 144 SR(45440 murid).
(3)Daerah Pasir Gudang 35 SM(49419 murid) 70SR(68618 murid)
(4)Daerah Pontian 15 SM(15616 murid) 82 SR(18201 murid).
(5)Daerah Kota Tinggi 12 SM(7321 murid) 10 SR(4648 murid).
Jumlah sekolah ditutup 600 (319,341 murid)

Isu Pengisian Data Online

Reaksi :  

DATA PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Reaksi :  
Kepada ;

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah daerah Mersing

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) masih mengalami gangguan dan tidak boleh diakses, pihak Jabatan Pelajaran Johor terpaksa mengambil langkah alternatif seperti berikut membina capaian lain di One Stop Data Centre di Login C.


TINDAKAN TERSEBUT PERLU DIAMBIL SEBELUM ATAU PADA 26 JUN 2013

  • Surat berkenaan perkara ini akan diedarkan kemudian. Mohon ambil tindakan segera.
  • Sekian, terima kasih.

PEMAKLUMAN PEMANSUHAN PEJABAT DMO

Reaksi :  
As-Salam & Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa secara rasminya pejabat DMO telah dimansuhkan dan hanya akan beroperasi di pejabat sedia ada di Aras 4, Blok E8, KPM sehingga 21 Jun 2013 (Jumaat). Semua urusan dan tugas-tugas rasmi yang dikendalikan oleh pejabat DMO selama ini akan diambil alih oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU).

Jadual Pelaksanaan Seminar Kecemerlangan UPSR@Pena Skor Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan jadual terkini pelaksanaan seminat tersebut untuk perhatian pihak sekolah.
Sehubungan dengan itu, ketetapan atau penjadualan sebelum ini adalah terbatal. Mohon perhatian rakan-rakan Jurulatih Utama.

Jurulatih Utama yag terlibat :

1. Zaidati bt. Salleh (SJKC Chiao Ching)
2. Teo Huay Lee (SJKC Pai Chee)

3. Ng Lin Lin (SJKC Chiao Ching)
4. Teoh Siew Hong (SJKC Pai Chee)
5. Salina Awang (SK LKTP Tenggaroh 02)
6. Zabidah Abdullah (SK Bamdar Endau)
7. Khatijah Awang (SK Tenglu)
8. Mohamad Husin Hamid (SK Bandar Endau)
Lampiran :
Jadual_Seminar_UPSR.pdf
Khamis, 20 Jun 2013

PROGRAM POTENSI BAGI KELAS BIMBINGAN YPM-MRSM MERSING TAHUN 2013 (SPM)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Yayasan Pelajaran MARA bersetuju untuk melaksanakan program tersebut kepada calon-calon SPM Daerah Mersing yang sedang mengikuti Program Kelas Bimbingan YPM-MARA 2013 seperti berikut :

Tarikh : 21 - 22 Jun 2013 (Jumaat-Sabtu)
Tempat : Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ Sekakap (Kem Sekakap)
Sekolah-sekolah yang terlibat :

1. SMK Nitar
2. SMK Sri Mersing
3. SMA Al-Khairiah Al-Islamiah
4. SMK Anjung Batu
5. SMK Mersing

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta melantik seorang Guru Pengiring bagi tujuan keselamatan dan kesejahteraan pelajar sepanjang program.

Sebarang pertanyaan, pihak sekolah boleh terus menghubungi Urus Setia program di MRSM Mersing.
Wassalam.
Lampiran :
Jadual_Potensi.pdf
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan bengkel tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 27 Jun 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SMK Taman Kluang Barat, Kluang.

Guru-Guru yang terlibat :

PENDIDIKAN MUZIK :


1. DALINA AWANG (SK TERIANG)

2. AMIROLHAIZAT AMIRUDDIN (SK AIR PAPAN)
3. MUNIRA AHMAD (SK SRI MERSING)
4. ROSMIZA ABD. RAHMAN (SK BANDAR MERSING)

PENDIDIKAN SENI VISUAL :

1. ROZIHAN BT. HASSAN (SK BANDAR MERSING)
2. RUHAILAH BT. SAFIAN (SK BANDAR ENDAU)
3. ANITA BT. ATTAN (SK SAWAH DATO)
4. ABD. RAHMAN MOHAMAD (SK PULAU SIBU)
5. SAIFUDDIN BIN HASHIM (SK LKTP TENGGAROH 06)

Sekian. Wassalam.
Lampiran :

bENGKEL_ju_sENI_DAN_mUZIK.pdf
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan bengkel tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 Jun 2013 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SMK Taman Kluang Barat, Kluang.

Guru-Guru yang terlibat :

1. YEW CHIN KHIN (SJKC CHIAO CHING)
2. NG MEI TANG (SJKC JEMALUANG)
3. NYEO SHEUE LIANG (SJKC PAI CHEE)
4. DIANA ANAK ROBERT ULIE (SK KEM ISKANDAR)

Sekian. Wassalam.
Lampiran :
Bengkel_JU_P.Moral.pdf

Jadual Pelaksanaan Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Hebahan dan pemakluman kami sebelum ini adalah berkaitan dan dirujuk.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing telah diarahkan untuk mengelola kursus tersebut secara bersiri bersama-sama pihak Jabatan Pelajaran Johor.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengenalpasti guru-guru yang sepatutnya akan mengikuti kursus-kursus berkenaan mengikut mata pelajaran tahun 4 yang diajar atau bakal diajar pada tahun 2014.
Wassalam.

Lampiran :
Jadual Kursus 2013
Rabu, 19 Jun 2013

Pelaksanaan Modul Kehadiran Guru Dalam EMIS Online

Reaksi :  
Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing

Bersama ini disertakan Surat Arahan dan Panduan Pengguna untuk melaksanakan Modul Kehadiran Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebertanggungjawaban kerja pengisian modul ini terletak kepada "Pembantu Tadbir".

Untuk mencapai laman berkenaan gunakan Portal PPD, klik pada Pautan KPM, EMIS Online. Login ID dan Katalaluan saya hantar menggunakan SMS Mesej Rasmi PPD untuk langkah keselamatan.

Lampiran :
Surat Arahan KPM
Surat Penangguhan
Surat Pelaksanaan Kehadiran
Panduan Palaksanaan.
Selasa, 18 Jun 2013

Pelantikan Sebagai JU atau Urus Setia Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 - MP Pendidikan Jasmani

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing telah mengadakan kursus tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 19 - 22 Jun 2013 (Rabu - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Lama.
Sasaran : Guru-Guru KSSR Tahun 4 (MP Pendidikan Jasmani)


Sehubungan dengan itu, guru-guru berikut adalah dilantik sebagai JURULATIH UTAMA atau URUS SETIA kursus berkenaan.

1. Urusetia - Guru Besar SK LKTP Nitar 01 (SILA LANTIK SEORANG GURU SEBAGAI URUS SETIA KURSUS).

2. Jurulatih Utama :

a) Mohd. Rudzahan Amran (SK Bandar Endau)
b) Khairudin Yaacob (SK Sawah Dato)
c) Mohd. Azhan Nathari (SK Bandar Mersing)
d) Azizan Kamarudin (SK Telok Lipat)

Wassalam.

Lampiran : 
Surat JU_pj.pdf

SEGERA : Kursus Penyebaran KSSR dan PBS - MP Pendidikan Jasmani Tahun 4

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing telah mengadakan kursus tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 19 - 22 Jun 2013 (Rabu - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Lama.
Sasaran : Guru-Guru KSSR Tahun 4 (MP Pendidikan Jasmani)

Sehubungan dengan itu, Guru Besar sekolah diminta agar dapat mengarahkan seorang guru sekolah tuan yang akan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4 pada tahun 2014 untuk menghadiri kursus berkenaan . Kehadiran adalah WAJIB.

SILA BAWA :

1. Komputer Riba
2. Wayar Penyambung
3. Thumb Drive
4. Dokumen Standard Tahun 4 (sila muat turun lampiran)
5. Dokumen Standard Prestasi Tahun 4 (sila muat turun lampiran)
6. Lain-lain bahan sokongan.

PESERTA KURSUS PERLU MENCETAK SENDIRI DOKUMEN STANDARD DAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI.

Harap maklum. Sekian terima kasih. Wassalam.

Lampiran :
KSSR_PJ.pdf
Jadual_Kursus_PJ_th4_2013.pdf
DSP.pdf
Dokumen_standard.rar
Ahad, 16 Jun 2013

Makluman : Pertukaran Penyelia Pendidikan Islam PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
Nama:Pn. Halimah bt. Romeli
Jawatan:Penyelia Pend. Islam
Tel:07-798 6703
Email:halimah.romeli@moe.gov.my

Al-Hamdulillah, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Hjh. Halimah bt. Romeli, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Mersing telah bertukar setara ke PPD Jempol, Negeri Sembilan dengan jawatan yang sama.
Pertukaran tersebut berkuat kuasa 1 Jun 2013.
Wassalam.

Peringatan : Template Sekolah - Program Transformasi Daerah (DTP) 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Mersing

Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) di bawah inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 sedang mengumpul maklumat untuk membuat kajian dan analisis berkaitan perkara-perkara berikut :

1.  Data Guru Cemerlang dan Jurulatih Mata Pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah rendah dan menengah daerah.
2. Data Pengetua dan Guru Besar (Nama, Gred, Band Sekolah).
3. Data GPMP bagi Mata Pelajaran BM, BI dan Matematik UPSR, PMR & SPM setiap sekolah (2012).
4. Data sekolah rendah dan menengah mengikut BandTerkini (2012) dan Skor Komposit Terkini (2012).
5. Data kehadiran murid – peratus purata kehadiran murid setahun (2012) setiap sekolah.
6. Data disiplin murid – bilangan kes disiplin murid setahun (2012) setiapsekolah. Kategorikan mengikut kes ringan, sederhana dan berat.  

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat melengkapkan borang (template) yang dilampirkan bersama hebahan ini dengan kadar segera.

Borang yang telah lengkap, hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Pelajaran Daerah Mersing (u.p. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum) secara hardcopy atau diemailkan ke akademikmg@gmail.com.

Kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah mengambil tindakan tersebut. Masa terus berlalu, namum masih banyak pihak sekplah yang belum menghantar maklumat berkenaan untuk penggabungan seterusnya dibawa ke mesyuarat peringkat kebangsaan pada 25 Jun 2013 ini.

Kami merayu agar pihak sekolah yang belum mengambil tindakan berkenaan, agar dapat bertindak dengan kadar segera demi nama baik daerah Mersing dan sudah tentu nama sekolah Tuan/Puan sendiri.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : 
Template_untuk_sekolah.xlsx
butiran.docx