* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 13 Julai 2013

Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi 2013 - Rafidah bt. Mohammed, PPPD j-QAF

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa anugerah tersebut telah disampaikan oleh Cik Ainul Hayati Abd. Raof, Timbalan PPD Mersing dalam Mesyuarat Mingguan PPD Mersing pada 12 Julai 2013 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat PPD Mersing.
Kami merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Usth. Rafidah binti Mohammed, PPPD j-Qaf kerana telah dikurniakan anugerah tersebut.
Moga terus maju jaya.
Jumaat, 12 Julai 2013

Makluman : Pertukaran Usth. Rafidah binti Mohammed, PPPD j-QAF

Reaksi :  
   
   
Nama:Pn. Rafidah bt. Mohammed
Jawatan:Penolong PPD J-QAF
Tel:07-798 6739
Email:rafidah.haron@moe.gov.my

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan Usth. Rafidah binti Mohammed, PPPD j-QAF telah bertukar ke SK Sri Intan, Kluang, Johor berkuatkuasa pada 1 Julai 2013.

Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih atas jasa serta bakti beliau sepanjang bertugas di daerah Mersing, khususnya di PPD Mersing.

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU.
Khamis, 11 Julai 2013

Peperiksaan Percubaan SPM 2013 Bagi MP Sejarah Kertas 3

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Peperiksaan Percubaan SPM 2013 Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kertas 3 hendaklah dijalankan seminggu lebih awal daripada tarikh Peperiksaan Percubaan SPM Sebenar  (26 Ogos 2013) secara serentak seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Ogos 2013 (Selasa)
Masa : 8.00 - 11.00 pagi

Pelaksanaan peperiksaan ini bagi membolehkan guru-guru menanda kertas tersebut lebih awal memandangkan Sejarah Kertas 2 juga memerlukan masa penandaaan dan pemarkahan yang agak panjang.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar memastikan pelaksanaannya dibuat mengikut jadual.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Kertas_3_Sejarah.pdf

Makluman : Pertukaran Guru Besar Berkuatkuasa 16 Jun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pergerakan Guru Besar-Guru Besar terlibat seperti berikut berkuatkuasa pada 16 Jun 2013 :

1. YM RAJA MAZLAN BIN RAJA LATIFE, Guru Besar SK Sri Mersing bertukar ke SK Kem Iskandar dengan jawatan yang sama.
2. ZAINAL AZNAM BIN A.KADIR, Guru Besar SK Tenggaroh 03 bertukar ke SK Mersing Kanan dengan jawatan yang sama.
3. RAFIE BIN MD. DALI, Guru Besar SK Mersing Kanan bertukar ke SK Sri Mersing dengan jawatan yang sama.
4. ZULKEFLI BIN MOHD. AMIN, Guru Besar SK Kem Iskandar bertukar ke SK Tenglu dengan jawatan yang sama.
5. SOHAILA BINTI ABD. JABBAR, Guru Besar SK Tenglu bertukar ke SK Sawah Dato dengan jawatan yang sama.
6. SHAFIE BIN YUSUF, Guru Besar SK Sawah Dato bertukar ke SK Tenggaroh 03 dengan jawatan yang sama.
Selasa, 9 Julai 2013

Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Perhimpunan Bulanan PPD Mersing telah berjaya diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh :  1 Julai 2013 (Isnin)
Masa : 8.30 hingga 10.00 pagi
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi Tahun 2013 telah disampaikan dalam perhimpunan tersebut. 
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah tersebut. Terima kasih juga dirakamkan kepada En. Hasan Abd. Rashid, PPPD Pengurusan Sekolah kerana sudi menyampaikan anugerah tersebut.

Penerima Anugerah :

1. SHIMATON BINTI SHAMSURI
Ketua Panel Pembina Modul Bahasa Malaysia SK
  Program Menggilap Permata Mersing

2. ZABIDAH BINTI ABDULLAH
Ketua Panel Pembina Modul Bahasa Inggeris SK
  Program Menggilap Permata Mersing

3. KHATIJAH AWANG
Ketua Panel Pembina Modul Sains SK
  Program Menggilap Permata Mersing

4. ROSLI AHMAD
Ketua Panel Pembina Modul Matematik SK
  Program Menggilap Permata Mersing

5. ZAIDATI BT. SALLEH
Ketua Panel Pembina Modul Bahasa Malaysia SJK
  Program Menggilap Permata Mersing

6. TEO HUAY LEE
Ketua Panel Pembina Modul Bahasa Inggeris SJK
  Program Menggilap Permata Mersing

7. TEOH SIEW HONG
Ketua Panel Pembina Modul Sains SJK
  Program Menggilap Permata Mersing

8. TER HONG SENG
Ketua Panel Pembina Modul Bahasa Cina SJK
  Program Menggilap Permata Mersing

9. TAN BEE YONG
Ketua Panel Pembina Modul Matematik SJK
  Program Menggilap Permata Mersing

10. MAHYUDIN ABD. MALIK
- Pegawai Teknologi Pendidikan
  PKG Bandar Mersing.











Selamat Datang Guru Baru / Interim ke Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Kami mengucapkan SELAMAT DATANG...AHLAN WA SAHLAN kepada guru-guru yang baru ditempatkan ke daerah Mersing pada tahun 2013, juga Julai 2013 baru-baru ini.
Kami mengalukan-alukan kehadiran Tuan/Puan...moga kesanggupan dan keikhlasan anda akan mampu mencorakkan pendidikan Mersing..
TAHNIAH.

Penghargaan Buat Guru

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga (..tak terungkap dengan kata-kata) kepada guru-guru yang pernah bertugas di daerah Mersing.

TAHNIAH... kerana telah berjaya dalam permohonan pindah Tuan/Puan. (tidak boleh dinyatakan di sini).. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan Tuan/Puan walau di mana anda bertugas.

Ambillah..sebarkanlah yang baik tentang Mersing, kiranya ada kelemahan dan kekurangan dalam pengurusan pendidikan Mersing, kami amat mengalu-alukan komen dan cadangan penambahbaikan yang tulus bagi kebaikan semua.

Jasa bakti Tuan/Puan tetap kami hargai... CIKGU TETAP DI HATI.
Wassalam.

Sekitar Seminar Kajian Tindakan Peringkat Daerah Mersing Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, seminar tersebut telah berjaya diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 29 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama Hj Abu Othman Bin Ibrahim (Pengetua SM Sains Sultan Iskandar)Pengerusi JKD Kajian Tindakan Daerah Mersing 2013 dan Pn. Maimon Binti Ismail ( Guru Besar SK Teriang)Naib Pengerusi JKD Kajian Tindakan Daerah Mersing tahun 2013 dan guru-guru atas sokongan anda. 

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada En. Hasan bin Abd. Rashid, PPPD Pengurusan Sekolah kerana sudi hadir dan menutup rasmi seminar berkenaan.

Juga tidak dilupakan AJK Kajian Tindakan Daerah Mersing, Pengkritik, Panel Hakim dan Peserta. Tahniah kepada pemenang-pemenang. Semoga usaha dan komitmen anda dalam program ini memantapkan lagi Pendidikan Mersing.

“Anda Hebat” menjana “Mersing Hebat”

KEPUTUSAN :

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

JOHAN : SM SAINS SULTAN ISKANDAR (77%)
* NUR SYAZRINA BINTI ABD RAZAK
* MARDIANA BINTI TOL JALIL

NAIB JOHAN : 
* SHAMSIAH BINTI SAMAT, SMK MERSING (74 %)

KETIGA :
* NURZHAZRINA BINTI MUHAMAD AZMI, SMK TENGGAROH A (65 %)

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

JOHAN : * A. MURAT BIN ABD PANI, SK KEM ISKANDAR (90%)

NAIB JOHAN : * SALINA BINTI AWANG, SK TENGGAROH 2 (88%)

KETIGA : * SITI NORLIZA BINTI ZAINUL IDRIS, SK LEMBAGA ENDAU (84%)












Isnin, 8 Julai 2013

Peringatan : Seminar Kecemerlangan UPSR@Pena Skor Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan salam Mahabbah.

Hebahan kami pada 2 Julai 2013 dan surat kami JPA4006.UPA/600-2/2/2 Jld.2 (  ) bertarikh 28 Jun 2013 adalah dirujuk dan berkaitan.


Al-Hamdulillah, sukacitanya diingatkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 11, 15, 16 dan 17 Julai 2013 (Khamis, Isnin, Selasa dan Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar dan Bilik Seminar, PPD Mersing.
Sasaran : Guru-Guru Tahun Enam yang belum ada pengalaman menanda kertas UPSR Lembaga Peperiksaan Awam (2 orang setiap sekolah)

Sehubungan dnegan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kebenaran kepada guru-guru berkenaan untuk hadir dan turut serta dalam seminar tersebut.

SILA BAWA SOALAN UPSR SEBENAR TAHUN 2010.

Wassalam.
Lampiran :

sURAT_sEMINAR_pENA_sKOR_upsr.pdf
Jadual_PenaSkor.pdf
Lantikan_JU_PenaSkor.pdf

JSI Peperiksaan Percubaan PMR Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah..

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah menyediakan JSI berkenaan untuk tindakan pihak sekolah seterusnya.
Pihak sekolah hendaklah membina Item Soalan Peperiksaan Percubaan PMR Tahun 2013 berdasarkan JSI tersebut.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : 

JSI_PERCUBAAN_PMR_2013.zip
Surat JPN_adual Kerja..pdf

JSI Peperiksaan Percubaan UPSR Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah..

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah menyediakan JSI berkenaan untuk tindakan pihak sekolah seterusnya.
Pihak sekolah hendaklah membina Item Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR Tahun 2013 berdasarkan JSI tersebut.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : 
JSI_UPSR_PERCUBAAN_2013.zip
Surat JPN_adual Kerja..pdf